Cerita Ummi Acah-acah Cycling

Anything About Me

Cerita Ummi Acah-acah Cycling | Assalamu’alaikum. Cerita bulan Julai dan bulan Ogos hahaha. Bulan Julai yang lepas Babah join Mersing MTB Jamboree 2019 di Mersing. Alhamdulillah, walaupun tak menang sebab cycling menang lucky draw pun jadilah ekeke. Rezeki Babah dapat sebuah Mountain Bike (MTB)  jenama Trinx for beginner.

Babah posing bersama new mountain bike di homestay tempat dia dan kawan-kawan Kura-kura Cycling Team (KKCT) stay sepanjang berada di Mersing. Babah whatsapp bagi gambar dan dia kata mountain bike ni dia hadiahkan untuk Ummi ecehhhhh. Upah kena tinggal 2 hari dan upah jaga hero-hero dia ni lah haha.

Awalnya memang jadi hiasa je la basikal ni kat rumah hahaha. Babah sah-sah la naik basikal dia sendiri. Basikal Babah tu adalah basikal ketiga sejak dia start mengayuh. Yang dua ketul lagi dia dah jual.

Asyik kena sindir je kan basikal mereput kat dalam rumah, Ummi pun berusaha dengan penuh semangat untuk mengayuh juga kahkahkah. Semangat memang ada, kekuatan tu hmmmm.

Di suatu petang yang tenang dan damai, Ummi bagitahu Babah yang Ummi nak cycling la konon. Babah ok je. Dia akan jaga anak-anak di rumah. Telinga Ummi dah pedih sebab ada suara cakap..

 “Ehhh.. gemok pun boleh bawak basikal.. handaaaaaal”

Kecil besar je Ummi perhatikan ko bang. Jeles la tu kan Babah bagi Ummi basikal hahaha. Ummi kurus nanti jangan terkejut pulak. Tapi sampai sudah Ummi belum kurus ni bang. Makin berat ado lahhhhh.

Tanpa membuang banyak masa Ummi pun start mengayuh la dalam pukul 5.30pm baru keluar rumah. Mula-mula pusing sekitar taman perumahan je. Ehhhh.. ngengada pulak keluar masuk jalan Kampung Paya Mengkuang hahaha. Dia punya semput naik bukit macam nak hempas jek basikal kahkahkah. Baru warm up terus nak jalan jauh padankan muka. Rasa nak meraung. Awal-awal cakap kat Babah, kalau pukul 7pm tak balik sila cari Ummi kahkahkah. Dari jalan Paya Mengkuang tu nak patah balik ke Desa Paya Mengkuang rasa huwaaaaaaaaa jauh gila. Gila kepala lutut oi. Macamanalah Babah korang ni kayuh sejauh-jauh tidak adoiii hahaha. Hakikatnya kalau selalu praktis dan ada stamina, jauh mana pun boleh redah ye tak? Ummi ko ni babat, lemak semua dah tepu tu yang haru biru hahaha.

Alhamdulillah jam 6.16pm sampai depan pagar rumah hahaha. Selama 37 minit Ummi bertahan macam tercabut tongkeng hahaha. Kata Babah ok la tu first time boleh dapat 6.5km. Ye le ok apanya nak tercabut nyawa hahaha. Sampai rumah menggigil kaki hahaha. Minggu lepas kekonon nak mengayuh dengan Abang Ilham, tapi Ummi duk menidurkan Syahid, sampai Ummi pun ke lala land hahaha. Semoga basikal Ummi bersabar dengan kerenah tuan dia yang memacam alasan ni hahaha. Itu je nak cerita pasal Ummi ko yang acah-acah cycling ni.

Ooppps.. masa sampai rumah tu, Babah bagitahu.. seorang geng KKCT whatsapp Babah cakap.. “Zir.. aku nampak orang rumah ko macam termengah-mengah je ko paksa naik basikal eh” hahaha. Lebih kurang macam tu la ayatnya hahaha Kurang asam betul sempat nak membahan Ummi.

Next week 23 November Ummi join Johor Orange Family Run 2019 di Edible Park, Medini City. 5km fun run je uolls. Ummi mampu fun run and virtual run je. Pelan-pelan kayuh hahaha. Untuk virtual run Ummi sedang menunggu medal dan t-shirt sampai yeay! Doakanlah Ummi sihat ya nak berlari hahaha. Okbai!

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!