“Shopping Time” di Watson – Diskaun Sehingga 50%

Products Review

“Shopping Time” di Watson – Diskaun Sehingga 50% |Assalamu’alaikum. Sambungan cerita Lunch di FamilyMart Eco Botanic. Ummi ada misi menyinggah Watson, Anjung. Bila cakap dengan diorang dan tengok masa ada lagi diorang ok je. Sebelum tu sempat juga terpusing-pusing sekitar Eco Botanic mencari port makan Halal hahaha. Settle ronda sambil potpet potpet gelak-gelak kami terus la menuju ke Watson.

Sebenarnya tujuan Ummi nak mencari deodorant hahaha. Sekali terlebih-lebih pulak belinya hahaha. Tengok ada pulak diskaun up to 50% lagi gatal tapak tangan.

Ummi grab Sanitizer Dettol Line & Friends yang comel ni. Dah lama geram tapi memandangkan ada lagi sanitizer Ummi tak beli. Bile nampak Otto Brown bersarung pink haisyhhhh laju tangan Ummi cekut hehehe. Sanitizer standby untuk anak-anak yang aktif tu hehehe. Masa beli Ummi dah boleh predict, berapa hari je la santizer ni bertahan hahaha.

Sampai office siap-siap gantung kat beg haha. Ohhh I Love Pink!

Sebelum ni Ummi beli Lip Balm Nivea yang lip holder Cony, masih lagi ujud si Cony tu cuma lip balmnya dah patah riuk dikerjakan dek anak-anak jantan hahaha. Ingat orang ada anak girl je berebut lipstick hahaha. Ini dia kejakunan buka tutup sampai patah. Jadi pengganti baru Ummi beli Lip Holder Otto Brown with Nivea Lip Balm. Best pakai bibir tak kering warna natural je peach kan.

Oleh kerana pencuci muka Youth Shaklee dah yilek, jadi Ummi kembali semula bersama Pink By Pure Beauty hehehe. Ummi grab Pink by Pure Beauty – Cleansing Foam dan Pink by Pure Beauty – Blur Cream hehehe. Best pakai pink ni. Produknya Paraben free, Lanolin Free dan Alcohol free. Sebelum ni memang Ummi pakai satu set, siap Puding Cream, Tonner segala bagai. Babah pun join sekali hahaha. Tapi muka Ummi belum transform lagi jadi Korean look la hahaha. Vietnam look jek hadoooo.

Lagi satu kan Ummi beli sepit kuku hahaha. Sepit kuku kat rumah macam dah tumpul. Ikutkan nak grab Lip Matte Silky Girl colour code 01 tapi Ummi cancel bagi Suhana haha. Terasa membazir pulak sebab Lip Tint dan barang-barang lain dari Althea banyak lagi kat rumah bukan dipakai pun cehhhh. Korang yang nak top up barang-barangbaik ke Watson cepat-cepat. Promosi diskaun sehingga 50% sehingga 25 November 2019. Cepat tau! Tapi fikir dulu sebelum beli la. Kalau yang tak perlu tak payah bazir duit beli ye dok! hehehe.

Hello, #KakiWatsons! Jom join kitorang because Watsons SALE UP TO 50% e-catalog is here! http://bit.ly/2N3LSWs

❤️ DISKAUN SEHINGGA 50%!*
RM10 INSTANT REBATE with RM80 purchase on participating brands for Watsons members!*
WIN total prizes worth RM100,000 with Watsons Station!*

Tunggu apa lagi, start flipping & shopping now!

*Terms and conditions apply. While stocks last. Promotion valid till 25 November 2019 (WM), 2 December 2019 (EM). #KawKawDeals #WatsonsMalaysia #WatsonsRewards #MembersGetMore #WatsonsStation

Loading

Related Posts

4 thoughts on ““Shopping Time” di Watson – Diskaun Sehingga 50%

  1. semalam pun baru memborong keperluan kat watson (tp taklah borong sakan….beli yg perlu aje sbb dah tengah bulan ni…)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!