Sushi King Bonanza.. Done!

Family's Activity

Sushi King Bonanza.. Done! | Assalamu’alaikum. Cerita semalam. Balik kerja terus proposed kat Babah, nak serbu Sushi King sempena Bonanza RM3. Babah pun on je. Yeay! Lepas maghrib berdezup kami lima beranak ke Puteri Harbour. First time serbu masa first day hahaha. Sampai-sampai je orang dah ramai.

Antara yang happy dapat makan sushi. Sebab last week dia dah sebut-sebut.

Tak sangka semalam kami makan dengan artis kahkahkah. Beriya dengan topi Mr. DIY dia ni hahaha. Lepas tu buat statement berani mati. “Ummi.. ada orang tu kan dia asyik tengok Ilham (merujuk kepda seorang lelaki Cina yang tengah makan) je.. Ilham rasa dia ingat Ilham ni artis lah“. Ya Allah bang.. Ummi memang selalu dan sentiasa doakan anak-anak Ummi ada self-confident yang tinggi, tapi ini dah terlebih confident ni bang.. kahkahkah. Perasan betul eh. Dia siap kata “Dah besar nanti nak jadi artis jemputan” kahkahkah. Adoiii la anak Ummi. Masuk Maharaja Lawak Junior jek lah bang.

Syahid banyak bersabar je tengok semua orang makan sushi. Nanti dah besar Ummi ajar makan sushi ya. Muka mengantuk tu tapi ditahan-tahan. Ummi tudung dah senget benget dibuatnya. Makin tak reti diam haha.

Ok done.. 27 plates only hehe. Rasa kalau dengan geng jumaat lagi berduyun plates ni hahaha. Walaupun tak dapat bento, budak berdua tu bedal je sushi.

Dalam 15 minit kami menikmati sushi tetiba geng imans datang. Maka bergabung meletops lah diorang. The Ilhams met The Imans at Sushi King Puteri Harbour gitewwww. Hari ni mesti Opah jenuh nak dengar cerita diorang. Budak cashier tanya diorang geng akak ke? Oooo.. anak-anak akak ni sama pengasuh dengan diorang tu. Tu yang gembira macam lima tahun tak jumpa padahal jumpa hari-hari hahaha. Ok sempat Ummi snap satu gambar memori diorang kecil-kecil kan. Syahid dengan Babah kat tepi tu tak muat frame hahaha.

Ok uolls.. kami dah, korang bila lagi? ekekeke. Ada tiga hari lagi termasuk hari ni. Silalah serbu Sushi King berdekatan korang. Make sure korang dah jadi member ok. Sekarang dah senang download apps je. No more card. Lagi best dapat kumpul smile points. Oklah, cepat tau! Jangan kata Ummi tak bagitahu hehe.

p/s Tak sabar nak tunggu Iskarnival Eko 2019 hehehe..dah cakap dengan The Ilhams nak pergi.. harap tak ada aral melintang.. ohhh weekend ni ada International Street Circus di Mall of Medini tau.. See you there insha Allah!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Sushi King Bonanza.. Done!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!