Beef Pasta Pie & Spicy Salmon Mentai Sedap Dari The Straits Kitchen | Ummi dan makanan berpisah tiada. Sajalah mencuba menu-menu yang kawan-kawan kongsikan. Bila kita dah rasa baru syok nak review ye dok?
Untuk post kali ni Ummi nak kongsikan menu-menu dari The Straits Kitchen. Sebenarnya banyak menu yang ada tau tapi Ummi baru cuba dua ni je dulu.
BEEF PASTA PIE
Beef Pasta Pie ni sedap tau. Cukup rasa pada Ummi. Tak kedekut minced beef tu. Ada dua pilihan saiz kecil dan besar. Untuk saiz kecil harganya RM15 dan untulk saiz besar harga RM30.
SPICY SALMON MENTAI
Next Ummi cuba Spicy Salmon Mentai. Ini kiranya new menu tau. Kalau memang peminat sushi rasa memang akan suka Spicy Salmon Mentai ni. Lapisan bawah nasi sushi digaul dengan seaweed, kemudian ada lapisan isi salmon yg sudah digrill bersama perapan kicap dan dilapisi isi crabstick. Lapisan paling atas sos pedas mayonis istimewa bersama ebiko (telur ikan) dan sedikit keju, dibakar untuk rasa mentai yang lebih asli. Sambil makan tergigit ebiko tu memang sedap. Recommended!
Harga Spicy Salmon Mentai hanya RM14 sahaja.
wasap.my/60127537340/thestraitskitchen
INSTAGRAM – THE STRAITS KITCHEN
Baca juga: Sushi King Bonanza.. Done!