Makan Malam di Restoran Periuk Kampung Gelang Patah |Assalamu’alaikum. Cerita makan malam kami di Restoran Periuk Kampung Gelang Patah. To be exact, locationnya adalah di Taman Gelang Emas. Alamat Ummi ada sertakan di penghujung entri. Sebenarnya Mama Cu dan Mommy Ngah la yang duk rajin makan kat sini. Diorang kata sedap tu yang Ummi excited nak mencuba. Jom tengok apa kami makan.
Teh Ais paduuuuuuuu oii.. serius sedap!
As recommended by Mama Cu, kami order Nasi Goreng Udang Telur Masin. Ummi share dengan Babah sebab ada budak sorang tu ngengada nak makan cookies Subway jadi terpaksalah Ummi tapau Subway hahaha.
The best part.. dah ada new port untuk shell out yang murah dah sedap. Shell out ni untuk siapa lagi kalau bukan cik abang dua orang tu. Ada tiga jenis masakan untuk shellout.. red chilli, salted egg dan butter milk. Abang Ilham pilih red chilli. Satu set RM15 portion besar boleh makan dua orang.
Semangat ui diorang berdua makan. Siap bertongkat kepala lagi Abang Syamil tu ek. Bertuah betul. Shellout Red Chilli ni sedap uols sambal dia. Sebenarnya Abang Ilham request nak satu set lagi tapi Ummi malas layan.
Budak kecil sorang tu tukang tengok je lah. Apa rasa nasi goreng udang telur masin tu? Sedap! Ya memang sedap tak tipu. Review jujur ni tau hahaha. Toleh sekali lagi dah licin Babah kerjakan hahaha.
Sambil-sambil makan tu Ummi berDM dengan Pak Ayan (cousin baju kuning tu), kebetulan diorang baru balik dari Mydin. Saja ajak diorang ngeteh.
Diorang pun makan sekali. Pok Teh order shellout red chilli sama macam budak dua ketul tu. Ehhhhh.. cuba tengok belah kanan ada orang ngedeng second round hahaha. Bertuah betul dia join makan lagi. Badan kecil je tapi makan kus semangat hehehe.
Nek Teh makan nugget je itu pun ada orang ngecek hahaha. Overall, first time makan memang sedap puas hati. Harga pun tak lah mahal sangat. Kalau dah sedap of course la kami repeat lagi ye tak? hehehe.
So this is our second visit!
Babah order nasi putih itik salai lemak cili api. Perghhhh mantap uolls. Padu dia punya kuah lemak cili api tu. Ummi memang suka makan itik, ehhh terngecek pulak.
Abang Syamil makan nasi putih dan tomyam ayam. Huwaaaaa tomyam dia memang meletop. Pekat secukup rasa. Eh meleleh pulak air liur Ummi taip entri ni.
Abang Ilham makan shellout lagi. Malas Ummi nak snap hehehe. Maintain sedap.
Ummi repeat Nasi Goreng Udang Telur Masin. Mula-mula rasa aduhaii banyaknya nasi ni. Sekali bila dah syok makan, ehhh habis juga rupanya hahaha. Memang sedap. Sempat juga berbual-bual dengan emak taukey restoran ni yang kebetulan datang menjengah cucu-cucunya. Dia tanya Ummi feedback makanan kat sini. Jujur lah Ummi kata memang sedap. No wonder kalau lalu ramai je orang. Keep it up!
Kat bawah ni ada senarai menu di Restoran Periuk Kampung, Taman Gelang Emas, Gelang Patah. Bukan saja masakan Melayu yang ada, masakan Thai, Western Food pun adoooo. Next time nak try daging salai, ikan patin tempoyak hehehe. All time favourite Ummi tu hehehe.
Ok selamat mencuba ye uolls! Recommended!
Masakan Melayu:
✔️ Set Itik/ Daging Salai Lemak Cili Api
✔️ Ikan Patin Tempoyak
✔️ Set Siakap Seekor
✔️ Asam Pedas Pari
✔️ Set Bawal Goreng
✔️ Set Sotong Goreng
Shellout dengan 3 pilihan masakan:
✔️ Red Chili
✔️ Salted Egg
✔️ Buttermilk
Masakan Ala Thai:
✔️ Set untuk 3 pax serendah RM50 sahaja
✔️ Tomyam Seafood/ Ayam/ Campur
✔️ Ikan Siakap 3 Rasa/ Sweet Sour
Aneka Nasi Goreng:
✔️ Nasi Goreng Sotong/ Udang Telur Masin ** Recommended**
Western Food:
✔️ Chicken Chop, Cheese Fries, Lamb Chop, Pasta dan lain-lain lagi.
RESTORAN PERIUK KAMPUNG GELANG PATAH
Alamat:
No 51, Jalan Gelang Emas 1, Taman Gelang Emas, 81550 Gelang Patah, Johor.
Hubungi:
☎️ Call/ Whatsapp – 010-4038890
Waktu Operasi:
⏰ 5.30 petang hingga 2.00 pagi
Baca juga: Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah
Meriah dan ramai orang makan kat kedai ni ye. Nampak sangat makanan kat sini sedap-sedap 🙂
jauh pula nak pergi mencuba .
ye memamg sedap fiza.. meh dtg gelang patah akak belanja hehe
semua nampak mantap ni 🙂 kalau makan ni mesti lambat nak move on
dah la lambat nak move on..asyik nak dtg lagi je
Kenapalah jejauh sana ek, kalau dekat, Sis ko jadi pelanggan tetap hahahaha
sesekali meh la turun GP
Pingback: Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah – herneenazir.com
Oyster segar. Makanan sedao.. Tempat selesa. Nice untuk bawak fa. Ily besar.
vibes pun santai kan..
sedappp sangatt
hehe alhamdulillah.. dah cuba ya..