Eksperimen Nasi Menari Bersama The Ilhams

Homeschooling School Holiday Activities

Eksperimen Nasi Menari Bersama The Ilhams | Assalamu’alaikum. Cerita dua minggu lepas. Abang Ilham beriya suruh belikan barang-barang nak buat eksperimen yang dia tengok dalam Astro Ceria. Yang buatnya tu Ayie vokalis Floor 88, band kegemaran diorang berdua ni. Tapi dia tak bagi nama eksperimen tu dia bebel apa kena buat tapi Ummi Babah tak faham hahaha. Sudahnya Ummi search je la eksperimen yang boleh dijadikan aktiviti homeschooling. Ada banyak tapi Ummi pick the simplest one.. and yessss they agreed! hahaha.

So here we go!

Bahan-bahan untuk Eksperimen Nasi Menari:

a. Cuka
b. Baking soda
c. Beras
d. Gelas
e. Air
f. Pewarna makanan

Cara-cara:
1. Isikan gelas dengan 3/4 air
2. Masukkan satu titik pewarna makanan
3. Masukkan 1/4 beras yang belum di masak
4. Masukkan 1-2 suda cuka (sekiranya selepas dimasukkan tidak ada reaksi, tambah lagi cuka)

Short video yang Ummi sempat rekod untuk kenangan dan di post di Youtube Channel Herne Nazir

Step by step yang Abang Ilham buat mengikut arahan Ummi. Sebelum tengok video agak-agak uolls eksperimen ni berjaya ke tidak? hehe.

Ya, eksperimen ni tak berjaya hehehe. Entah apa silapnya tak menari pun nasi tu macam dalam eksperimen asal. Dah tambah cuka pun still macam tu hehehe. Pasrah je la abang-abang ni. Ummi janji nanti buat eksperimen lain pulak ya.

Next week cuti sekolah seminggu sempena Deepavali, apa kata uolls cuba buat dengan anak-anak kot la menjadi tak macam yang kami buat ni hehe. Kalau dah buat sila tag Ummi ya hehe. Insha Allah selagi mampu kita layan la aktiviti bersama anak-anak ni ya. Membantu perkembangan motor kasar dan motor halus mereka. Oklah good luck uolls!

Credit: Listikel – Aktiviti Cuti Sekolah

Loading

Related Posts

7 thoughts on “Eksperimen Nasi Menari Bersama The Ilhams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!