TV Program Telefilem dan Drama Lakonan Ben Amir

Favourites TV Program

TV Program Telefilem dan Drama Lakonan Ben Amir | Assalamu’alaikum. Tajuk tu tajuk hahaha.. nampak sangat Ummi tak boleh move on lagi dengan Drama Sweet Dreams tu kan haha. Same goes to my boys haha. The Ilhams layan ok Sweet Dreams. Ummi suruh Syamil bela rambut panjang nanti hensem macam Ben Amir hahaha. Melampau Ummi ko, kalau pregnant Ummi tenung je gambar Ben Amir hari-hari.

Ummi duk mencari drama-drama lakonan si Ben Amir. Saja nak ajak The Ilhams tengok hahaha. So Ummi kumpul la dalam blog ya mana yang sempat Ummi copy link.

Sweet betul Qash dan Putri ni kan..

Drama Sweet Dreams (2019) Astro Ria

Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Tonton Drama Sweet Dreams – Full Episod

Credit: Layan Drama

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Ben Amir dan Mira Filzah pandai betul memainkan emosi penonton. Time sedih tu berjurai air mata Ummi oiii.. (Ummi ko memang.. baca novel pun boleh nangis haha) dengan air mata jantan Qash Adam yang berjurai tu, ulang tayang pun tetap nak ikut nangis hahaha.. hebat betul lakonan korang kan.. Ummi wish Ben Amir dan Mira Filzah bercinta dan kahwin in real life.. toooooooooo cute to handle hehe.

Cinta 3 Rasa | Telefilem

Mengisahkan tentang 3 orang gadis Melayu, Sabah dan Sarawak yang bercita-cita ingin menjadi isteri kepada seorang CEO yang bujang terlajak. Jejaka itu amat cerewet bab makanan dan hanya ingin yang terbaik mengikut selera tekaknya. Mereka bertiga mula bertungkus lumus untuk menyediakan pelbagai juadah mengikut etnik masing-masing demi memenuhi selera jejaka tersebut. Pengakhirannya, jejaka itu memilih seorang gadis kampung yang menawan seleranya dengan masakan berasaskan budu. Gadis bertiga itu mula sedar diri bahawa mereka bukanlah pilihan jejaka tersebut kerana mereka berniat untuk menjadi isteri orang kaya tetapi bukan ikhlas untuk menawan hati jejaka tersebut.

Kek Batik Cheese Leleh | Telefilem

Kak Munah, seorang janda yang berusia 40-an tinggal bersama anaknya, Atirah. Terkenal dengan sikap peramah dna ringan tulang, Kak Munah juga pandai membuat Kek Batik. Satu hari, anak Kak Munah telah kemalangan, dan segalanya mengeruh selepas itu.

One Last Raya Bersama | Telefilem

Qistina dan Lais sudah berkahwin selama tiga tahun. Dari kaca mata orang sekeliling, mereka kelihatan bahagia bersama. Namun hakikatnya tidak. Mereka akhirnya memutuskan untuk bercerai. Tetapi memandangkan Syawal hampir tiba, mereka menangguhkan dulu proses penceraian. Pada Hari Raya, mereka bertolak ke kampung Razman dan disambut oleh berita perkahwinan Irene, adik Razman. Malam itu, Qistina dan Lais duduk dalam satu bilik dan mereka rasa janggal kerana sudah lama tidak tidur bersama. Melihat Irene dan bakal suaminya bahagia, Qistina cuba untuk melaksanakan tugas sebagai seorang isteri yang baik dan tidak mahu itu menjadi Raya terakhir bagi mereka.

Bulan Bintang Dan Sayang | Telefilem

Lima minit pertama, Amir yang sedih diceriakan oleh Lily, gadis cantik yang baru dikenalinya secara kebetulan di jalan raya. Lima mini tseterusnya, Lily kemalangan dan hanya Amir yang ada berdekatan. Niat asal hanya mahu menolong, tapi kehidupan Amir bermula serta merta selepas kejadian itu. Amir akhirnya terjebak dalam kehidupan Lily dan terpaksa menyatukan kembali keluarga Lily yang telah berpecah.

Telefilem Ramadan – Dalam Pelukan Ramadan Promo (28 Jun 2015)

Alien Janda Baik Full Movie Online

1,2 Bakar Kuih Raya (2019) | Sun, May 5

BIODATA BEN AMIR

Muhammad “Ben” Amir Sabaruddin (Jawi: محمد بن أمير صبار الدين; lahir 13 Mei 1990) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2011/2012. Antara kredit lakonan beliau ialah Playboy Itu Suami Aku (2013), Suri Hati Mr. Pilot (2016) dan Cinta Tiada Ganti (2018).

Ben dilahirkan pada 13 Mei 1990 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak keempat dari lima beradik. Beliau menerima pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus LenduMelaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan.

Ben merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin (juara), Syafiq KyleHafidz RoshdiNazrief NazriHafreez AdamFendy Bakry, dan Saharul Ridzwan yang dimana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.

Selepas Hero Remaja tamat, Ben ditawarkan drama Fira Ayuni lakonan Faralyna Idris, seterusnya berlakon di samping rakan seperjuagannya, Fattah dan Nur Risteena dalam drama adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku, melakonkan watak Sam. Kerjaya filem Ben bermula pada 2015 menerusi filem Romeo Kota arahan Aaron Aziz lakonan Aaron sendiri dan pelawak Nabil Ahmad.

Kejayaan beliau hadir pada 2016, yang mana beliau berlakon sebagai Dr. Muslim atau Mus dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.

Dari 1 Januari sehingga 24 Februari 2018, Ben memegang watak sebagai Kamal dalam drama Sejadah Untuk Dia arahan Rahila Ali dengan idea asal oleh Syamsul Yusof terbitan Skop Productions. Ia turut dibintangi oleh Adi PutraRashidi IshakNoorkhiriahTania Hudson dan Wawa Zainal.

Dari 10 Julai hingga 26 November 2018, beliau digandingkan bersama Aedy Ashraf dan Nelydia Senrose dalam drama adaptasi telenovela Filipina Cinta Tiada Ganti; memegang watak sebagai Khairil. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[1]

Ben menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada 2 Februari hingga 27 April 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Uqasha SenroseDouglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy.[2][3][4]

Pada Ogos 2019, Ben telah mendapat tawaran melakonkan watak Qash Adam dalam Sweet Dreams arahan Michael Ang yang bersiaran di Astro Ria, lakonan bersama Mira Filzah.[5] Drama ini turut dibintangi oleh Sean LJE, Datin Nina JurenYuna RahimNasz Sally ,Yusuf Bahrin, PU AzmanDidi Astillah dan Roy Azman.[6]

Ben ialah seorang yang pemalu. Dalam tahun 2018, beliau mendapat perhatian umum kerana memilki wajah seiras ahli politik dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.[7][8]

Selain itu, beliau juga dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon, Mira Filzah.[9][10] Namun begitu, Mira menafikan dakwaan mereka adalah kekasih dengan menyatakan mereka hanyalah kawan biasa. Sehingga kini, tiada petunjuk bahawa mereka masih berhubung.

Long weekend boleh repeat layan Qash Adam dan Putri sampai lebam lah ya haha. Lagu OST Sweet Dreams pun dah siap-siap download hahaha. Please lah Ummi move on.. move on.. Ummi ni susah nak layan drama. Once drama tu best memang paksa diri layan (lagho betul hahaha). Tapi biasanya bila next drama selepas drama yang best tu ditayangkan konfem Ummi takkan layan. Sebab perangai tak boleh move on tu la hahaha. Jom skodeng instagram dan twitter Ben Amir kahkahkah. Saja je minat bakat beliau. Babah Ilhams tetap dihati hahaha.

TV Program Telefilem dan Drama Lakonan Ben Amir

Baca juga: Senarai Lagu Tema (OST) Drama Sweet Dreams

Loading

Related Posts

7 thoughts on “TV Program Telefilem dan Drama Lakonan Ben Amir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!