Drama Honey-Moon Lakonan Ben Amir & Zara Zya di TV3

TV Program
Drama Honey-Moon Lakonan Ben Amir & Zara Zya di TV3

Drama Honey-Moon Lakonan Ben Amir & Zara Zya di TV3 | Umi ni once ada mood nak tengok drama, Umi akan merajinkan diri la tengok kat handphone secoet ni. Lagi-lagi bila drama tu lakonan Ben Amir lagi la excited nak tengok hehe. Sambil-sambil hari tu Umi layan Drama Risik Pada Hati, Umi layan juga Drana Honey-Moon. Macam biasa la tengok kat apps Disney + Hotstar. Malas nak berebut TV dengan anak-anak.

Umi suka drama ni, suka watak si Moon yang sengal tu. Suka juga watak Ilham selain namanya Ilham yang sama dengan hero-hero kecil Umi hehehe. Umi cakap kat Abang Ilham, Ben Amir dah jadi Ilham. Abang Ilham kata Umi suka la tu kan pelakon kegemaran Umi guna nama Ilham hahaha. Boleh layan la drama romantik komedi ni. Kelakar tengok si Moon ni. Watak Jiman pun kelakar. Paling Umi menyampah watak si Maira dan emak dia si Som tu. Ehhh korang layanlah sendiri. Hari ni dah episod 16, tinggal beberapa episod je lagi. Tengok tau!

Sinopsis Drama Honey-Moon

Honey-Moon ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan oleh Pali Yahya, Dibintangi oleh Zara Zya, Ben Amir, dan Hanna Aqeela. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 bermula 16 Julai 2022 menggantikan Melur Untuk Firdaus. 

Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri.

Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga…

Drama Honey-Moon Lakonan Ben Amir & Zara Zya di TV3

Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…

Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” – ILHAM

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.

“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” – MOON

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.

Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.

Pelakon Drama Honey-Moon

  • Zara Zya sebagai Moon
  • Ben Amir sebagai Ilham
  • Wanns Ahmad sebagai Jiman
  • Hanna Aqeela sebagai Maira
  • Fiza Thomas sebagai Heffa
  • Neera Azizi sebagai Darina
  • Rashdan Baba sebagai Haji Sapie
  • Dynas Mokhtar sebagai Hajah Aminah
  • Ema Latah sebagai Nek Sarah
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Kalsom / Mak Long
  • Azizul Ammar sebagai Man Semprit
  • Khalaf Zulkafli sebagai Jimmy

Kredit info: https://ms.wikipedia.org/wiki/Honey-Moon

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!