Lunch at FamilyMart Nusa Bestari | Assalamu’alaikum. Cerita Jumaat last week plan ke UDA Business Centre la apa la nak cari USB cable iPad sudahnya tersangkut kat FamilyMart Nusa Bestari ni. Kemain heaven lagi Ummi kau.
Untuk yang belum pernah ke sini, Mudah je lokasinya sebaris RHB Bank Nusa Bestari. Inilah outlet Family Mart paling dekat untuk diterjah. Harap-harap nanti FamilyMart buka satu cawangan di Gelang Patah ekekeke.
Pertama kali Ummi nak makan dan stay di Famima Cafe. Itu pun rezeki dapat meja dan kerusi kosong. Meja dan kerusi kat sini tak meriah.
Dah lapar sangat, sudah tentu Oden jadi pilihan. Ummi snap cara-cara nak mengorder Oden hehehe.
A bowl of Oden for me.. auwmmmm. Cekut-punya cekut amekawwww. Lapar teruk.
Rasa macam semua Ummi nak cuba.
Oden ready to eat bersama minuman yang boleh tahan viral.
FamilyMart ‘Brown Sugar Bubble Milk’ RM6.90. So far tekak Ummi rasa sedaplah. Kena betul-betul kacau dan minum milk tu bersama brown sugar baru rasa dia ummpppphhh. Kalau tak kacau rasa biasa-biasa je macam minum susu semata hehehe.
Zoom in brown sugar bubble.
Yang paling diidamkan Matcha Sofuto. Dalam bahasa mudahnya aiskrim green tea. Oh my! This is Ummi’s favourite ok. Dulu paling tak suka matcha bagai ni. Sekali dah pekena Matcha Sofuto ni terus jatuh cinta. Dalam gambar ni satu je kan Matcha Sofuto. Kalau korang nak tahu Ummi bedal dua cone hahaha.
Onigiri Spicy Chuka Kurage ni Ummi beli 2 pakcs. Dengan harapan sebagai bekalan di office untuk petang sebelum balik. Alhamdulillah kekenyangan jugalah makan Oden jek. Lepas makan terus berdezup balik office. Pulanglah ke pangkal jalan. USB cable untuk iPad tak dapat, kenyang yang dapat. Hmmmmmm.. :p
betul2 darah Korea ni
hahaha berangan jek tekak ni kan..
ni family mart yg 1st sekali kite pegi.. 1st time makan oden dan aiskrim matcha tu.. memang sedap..
hehehe sedap kan dilah.. tak cukup satu :p
hari tu nak beli aiskrim matcha tu kehabisan.. orang sentiasa penuh je family mart pasir gudang ni..
orang pasir gudang tengah kemaruk FM hahaha