Hari Harimau Sedunia – International Tiger Day 2019 (29 July 2019)

Info Sharing Rambling

Selamat Hari Harimau Sedunia – International Tiger Day 2019 (29 July 2019)

Seriuslah, kalau Ummi tak dengar berita dalam radio ni sampai sudah Ummi tak tahu hari ni adalah International Tiger Day 2019 aka Selamat Hari Harimau Sedunia. Seumur 38 tahun memang today is the first time I heard about it. So lepas ni kena aware ya 29 Julai setiap tahun adalah Hari Harimau Sedunia.

Korang boleh refer KEMPEN SELAMATKAN HARIMAU MALAYA di link di bawah ya:

HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya, atau nama saintifiknya  Panthera Tigris Jacksoni, merupakan subspesies harimau belang yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia. Di seluruh dunia, terdapat 9 subspesies harimau belang dan 3 subspesies telah pupus.

Harimau Malaya dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya. 

Hasil cerapan yang dijalankan melalui 1st National Tiger Survey di hampir 75% plot kajian habitat harimau bermula tahun 2016-2018 telah menunjukkan bilangan Harimau Malaya yang direkodkan adalah kurang dari 200 ekor. Data ini menunjukkan populasi Harimau Malaya berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Jika tiada tindakan drastik yang dijalankan bagi mengatasi masalah penurunan populasi Harimau Malaya ini, jangkaan dalam tempoh lima (5) hingga sepuluh (10) tahun Malaysia akan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya.

Bagaimana saya boleh membantu kempen ini?

Harimau telah hidup di hutan negara kita sejak berzaman lamanya. Ia merupakan ikon negara dan dilihat di mana-mana, dari Jata Negara ke lambang-lambang institusi kerajaan mahupun swasta. Di dalam bahasa Melayu juga, ia disebut dalam lebih 50 peribahasa. Marilah kita—dari kerajaan, organisasi korporat, yayasan-yayasan, organisasi bukan kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia bersama-sama berganding bahu untuk menyelamatkan Harimau Malaya kita.”

YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
PENAUNG KEMPEN ‘SELAMATKAN HARIMAU MALAYA

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!