Breakfast di Warung Nasi Lemak Ayam Rempah Alang Tunggal

IMG_20190210_084118

Breakfast di Warung Nasi Lemak Ayam Rempah Alang Tunggal | Assalamu’alaikum. Cerita berbulan-bulan yang sudah. Check up hujung-hujung sebelum Ummi serah diri di HSA hehehe. Sebelum ke SCOG, HSA kami singgah sarapan dulu di Warung Nasi Lemak Ayam Rempah Alang Tunggal, Jalan Mahmoodiah dekat dengan Warung Saga. Dah banyak kali niat nak bersarapan kat sini tapi orangya ampun ramai. Tapi kali ni walau nampak ramai kami terjah juga.

IMG_20190210_085053

Abang Syamil nak nasi lemak. Ummi pun ngecek la nasi lemak ayam berempah ni. Serious sedap dari nasi bawak ke ayam berempah tu memang sedap. 

IMG_20190210_084532

Ummi dan Babah makan mee hoon soto. Korang tengok je mee hoon soto ni macam biasa-biasa je kan. Tapi sebenarnya rasa dia mantap. Don’t judge the soto by its presentation ok hahaha. Rasanya sedap sekali hehehe. Ta,bah pulak ada sambal kicap kan hehehe. Terangkat. Ummi minum teh ais pun sama kaw. Next time boleh repeat lagi hehe.

IMG_20190210_122946

Budak ni datang hangin tak bagi Ummi snap gambar dia hehehe. Ok dah siap breakfast barulah kami ditemukan dengan jalan yang lurus ke Hospital Sultanah Aminah ekekeke.

Warung Nasi Lemak Ayam Rempah Alang Tunggal

Alamat:
J
alan Mahmoodiah, Kampung Mahmoodiah, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Perniagaan:
7 pagi – 11.30 pagi

No. Telefon:
019-786 5918

Facebook:


 1,112 total views,  2 views today

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!