Deko Raya 2019

Deko Raya 2019 | Assalamu’alaikum. Cerita Deko Raya Ummi untuk tahun ni. Sebenarnya tak berdeko mana pun. Masih menggunakan langsir lama, karpet lama. Semua pun lama belaka hehehe.

IMG_20190605_055511

Ruang tamu yang masih maintain perabot tahun sudah ekekeke.

IMG_20190604_001009

Tang ni je ada ruangan baru untuk menghijaukan mata di dalam rumah. Sebelum ni, ada set sofa 3 + 2 + 1. Yang 3 + 2 dah bagi Mama Cu. Atas persetujuan Babah, Ummi beli rak ikea tu dan angkut pepokoks menghijau Ummi ke dalam rumah. Pokok-pokok pilihan tu yang jenis indoor plants la seperti Monstera Borsigiana, Monstera Adansonii, Schismatoglottiswallichii, Aloe Vera, money plant dan kaktus. Gambar ni masa awal menyusun atur. Sekarang monstera adansonii dan meriah tumbuh pucuk baru, monstera borsigiana pun subur hidup cuma daun satu dah gugur sama juga dengan Schismatoglottiswallichii. Ruangan ni dah jadi photobooth dalam rumah hehehe. Tempat tetamu bergambar.

IMG_20190604_034504

Ok sebenarnya frame ni Babah beli untuk letak di sinki tepi meja makan menggantikan rak yang macam dah relevan nak duduk melekap kat dinding hehehe. Elok dah gantung. Tetiba gugur ke lantai. Frame Monstera Borsigiana ni Babah beli di Mr. DIY. Bab deko-deko bajet ni memang idea bersama Ummi dan Babah. Dia pun minat juga jadi apa-apa perubahan dalam rumah tu Ummi rujuk Babah.

Itu je lah yang kami ubah serba sedikit. Selebihnya memang maintain apa yang ada. Tengoklah tahun depan, kalau ada bajet kita tukar langsir hehehe. Tapi sebenarnya bajet ada je, cuma Ummi sayang betul langsir yang ada tu. Corak tu memang Ummi suka sangat. Rasa macam tak lapuk dek zaman gitu hehehe. Oklah, stop dulu, budak cenonit tu dah ngek ngek. Nanti sambung lagi.

 544 total views,  2 views today

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *