Lunch Di Restoran Amphawa Boat Noodle Taman Sutera | Assalamualaikum.. Cerita lunch selepas balik dari Klinik MyFamily di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Puas fikir nak makan kat mana, akhirnya kami menuju ke Restoran Amphawa Boat Noodle, Taman Sutera walaupun The Ilhams macam tak redho dengan pilihan Ummi hahaha.
Lama dah tak ke sini kan. Rasanya last bulan puasa tahun lepas.
Thai Iced Tea yang padu.. oopppsss! TERminum ???
Semangkuk Beef Boat Noodle untuk Babah.
Set nasi putih bersama kari ayam penyelamat untuk Syamil. Ada rasa pedas-pedas sikit berpeluh member makan sambil membebel kenapa kari ni pedas hahaha. Anak Ummi yang ni versi tak kuat pedas dan tak boleh panas sikit bajet lahir kat negara salji ??
Babah, Ummi dan Abang Ilham makan set nasi putih dan tomyam kung. Mantap seperti biasa rasanya. Abang Ilham macam biasalah pedas-pedas memang dia suka.
Kali ni tak banyak tambahan menu lain, Ummi just order coconut ice-cream je. Ya ampun sedap sampai TERsuap banyak kali ???
Tengok tu wajah-wajah menikmati makanan. Muka Ummi dan Babah dia tak payah la tayang kan haha.
Korang yang belum pernah cuba menu-menu sedap di Amphawa Boat Noodle bolehlah terjah mana-mana cawangan terdekat ya. Kami paling dekat Taman Sutera la hehehe. Cawangan lain tak pernah cuba lagi. Selamat mencuba!
FOLLOW HERNEENAZIRDOTCOM
nyum nyumm nyumm geramm betulll tengok coconut ais krim tuuuuu hahahaah
teringat² rasa tomyam dia tu…aduiii
Tengok tomyam kung tu tak tahan. Tengok kuah dia pekat warna cantik dah tahu kesedapan dia camne.
Pingback: Makan-makan di Amphawa Boat Noodle Downtown JB - herneenazir.com