My Pregnancy Journey | Ultrasound Scan di Klinik MyFamily Taman Tun Aminah Skudai

My Pregnancy Journey | Ultrasound Scan di Klinik MyFamily Taman Tun Aminah Skudai

Assalamualaikum..

Alhamdulillah seperti yang dirancang hari Ahad lepas Ummi, Babah ditemani The Ilhams berpeluang membuat ultrasound scan di Klinik MyFamily, Taman Tun Aminah, Skudai. Klinik MyFamily ni baru saja dibuka untuk cawangan Johor Bahru. Kiranya kami antara yang terawal la nak merasmikan perkhidmatan di sini. Saja nak skodeng adik baby buat apa dalam perut Ummi hehehe.

Memang dah lama Ummi tak meronda kawasan ni. Sampai tak tahu ada klinik baru hehehe.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Klinik MyFamily:

  • Pemeriksaan mengandung
  • Ultrasound 2D/3D/4D/5D (HD Live)
  • Pemeriksaan Bayi dan Kanak-kanak
  • Vaksin
  • Pemeriksaan Darah
  • Asthma
  • Batuk
  • Demam
  • Selsema
  • Pemeriksaan Perut
  • Pelvis
  • Lain-lain Servis

Apa yang menariknya, klinik ini dikendalikan oleh Doktor Wanita. Jadi untuk ibu-ibu mengandung Ummi rasa memang sesuai sangatlah kalau nak ke sini lebih selesa dengan doktor wanita yang penting aurat terpelihara.

Ummai ada senaraikan Pakej Ultrasound Scan di Klinik MyFamily. Korang boleh rujuklah kalau berhajat nak ke sini ya.

PAKEJ ULTRASOUND SCAN KLINIK MYFAMILY

PAKEJ 1


2D Growth Scan (6 – 40 minggu)
– Saiz kandungan, Berat, Jantina, Kedudukan Uri dan Air Ketuban
*Jantina seeloknya 20 minggu ke atas

Pakej Bersama:
Tiada CD, 1 Gambar Hitam/Putih, Report Ringkas

Harga:
RM50 (Malaysia)
RM80 (Non-Malaysian)
RM80 (Twins)

PAKEJ 2

2D Growth Scan + 3D 4D 5D (24 – 32 minggu)
– Saiz kandungan, berat, jantina, kedudukan uri, air ketuban dan 3D/4D/5D scan (muka, jantina, kaki, tangan)
*Bergantung kepada posisi bayi

Pakej Bersama:
CD, 1 Colour Photo, Report Ringkas

Harga:
RM120 (Malaysia)
RM150 (Non-Malaysian)
RM180 (Twins)

PAKEJ 3

2D Growth Scan + 2D Details Scan (18 – 28 minggu)
– Scan hitam putih yang melibatkan pemeriksaan organ-organ dalaman seperti otak, usus, jantung, jari, kaki, hidung, mulut, tali pusat, hati dan paru-paru (termasuk jantina)

Pakej Bersama:
CD, 2 Gambar Hitam/Putih, Report Lengkap

Harga:
RM150 (Malaysia)
RM190 (Non-Malaysian)
RM220 (Twins)

PAKEJ 4

2D Growth Scan + 3D 4D 5D Scan + 2D Details Scan (24 – 28 minggu)
– Gabungan Pakej 1, 2 & 3

Pakej Bersama:
CD, 1 Colour Photo, 2 Gambar Hitam/Putih, Report Lengkap

Harga:
RM180 (Malaysia)
RM230 (Non-Malaysian)
RM280 (Twins)

Untuk Ummi, Ummi ambil Pakej 4, memang plan nak buat scan details untuk adik baby. Sebelum kita scan adik baby jom tengok sekeliling klinik.

Masuk je korang akan nampak registration counter. Bolehlah register sesiap ya.

Ada dua ruang menunggu untuk para pesakit.

Consultation Room dan dua Treatment Room.

Sementara menunggu giliran berjuampa doktor, ibu ayah jangan bimbang kerana Klinik MyFamily ada menyediakan ruangan khas untuk anak-anak. Tengok tu, kemain diorang tiga beranak main dam hehehe.

Tandas dan surau untuk kemudahan pelanggan.

Ok tiba masanya giliran Ummi nak skodeng adik baby.

Lama juga Sonographer, Cik Fatihah ni nak dapatkan posisi paling clear untuk tengok adik baby ni. Anak bertuah Ummi sorang ni duk cover muka dia dengan kaki la tangan la hehehe. Saja je tak nak bagi Ummi, Babah dan abang-abang tengok dia kan. Nak bagi surprise eh hehe. Puaslah Ummi uk kacau-kacau dia, mengiring ke kanan goyang-goyang naka bagi dia tunjuk muka hehehe.

Sonographer di Klinik MyFamily ni memang bertauliah dan berpengalaman, memang dia terangkan details sangat pada kami. Alhamdulillah, hasil scan yang Ummi dapat jantina memang konfem #TeamBabah. Air ketuban semua ok, uri ok, anggota-anggota semua alhamdulillah cukup sifat. Anggaran berat adik baby 1.187kg.

Cuma ada sedikit ujian je. Selagi tak dapat complete report dari HSA untuk fetal echo Ummi tak nak cerita kat blog dulu walaupun ada sebahagian saudara mara dan kawan yang dah tahu hal ni. Ummi masih mengharapkan keajaiban Allah. Doa dan terus berdoa yang baik-baik. Andai dah tertulis, itu kehendakNya Ummi dan Babah terima seadanya rezeki tak ternilai ni. Setiap sesuatu yang Allah jadikan semuanya bersebab dan penuh dengan hikmah. Tawakkal dan redho itu yang terbaik. Allah know best!

Sementara menanti Cik Fatihah print hasil scan dan CD untuk rujukan kami.

Sambil-sambil tu Ummi duk la meronda keliling klinik mencari info-info yang boleh Ummi kongsikan. Di bawah ni ada beberapa servis dengan info harga yang korang boleh dapatkan di sini.

Ujian Pap Smear & Konsultasi – RM70

Ultrasound Pelvis Scan -Fibroid – RM80

PAKEJ FULL SCREENING WANITA – RM190 (JIMAT RM40)

Pakej merangkumi:

Ujian Pap Smear (Untuk pencegahan dan mengesan kanser serviks awal)
Ujian Ultrasound Payudara (Untuk pencegahan dan mengesan kanser payudara awal)
– Ujian Ultrasound (Untuk mengesan tahap kesihatan serviks anda dan mengesan fibroid)
– Konsultan Bersama Doktor

PAKEJ ANTENATAL CHECK-UP DI KLINIK MYFAMILY

Pakej Lavender – 9 kali lawatan – RM1,311
Pakej Ros – 5 kali rawatan – RM701
Pakej Orkid – 4 kali lawatan – R<611
Pakej Daisy – 3 kali lawatan – RM460

2 Kaedah Pembayaran:

  1. Bayar semua (Lump-sum dan nikmati diskaun tambahan
  2. Bayar hanya ketika anda datang untuk membuat lawatan Antenatal anda (Ansuran)

Ok gambar scan dan CD dah ready. Sebelum balik sempat Ummi ajak Cik Fatihah (Sonographer) bergambar kenang-kenangan. Thanks ya. Memang recommended untuk korang yang nak buat monthly pregnancy check-up di sini. Sonographer ya ramah tamah, bagi penerangan memang details sangat. Jangan bimbang doktor yang merawat juga adalah doktor wanita yang bertauliah.

Yeay! dah dapat CD adik video adik baby.

Gambar scan beserta details report. Alhamdulillah.

Yang atas tu gambar scan adik baby.

Korang boleh refer lokasi Klinik MyFamily di google map di atas ni ya. Untuk book time boleh call atau whatsapp nombor kat bawah ni. Info lanjut boleh rujuk facebook dan website Klinik MyFamily.

Alamat:
52, Jalan Pendekar 18, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai, Johor

No. Telefon:
07-5952088 
018-381 3253 (Whatsapp)

WAKTU OPERASI KLINIK MYFAMILY

Isnin – Ahad
9.00 am – 10.00 pm

160 total views, 1 views today

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

One thought on “My Pregnancy Journey | Ultrasound Scan di Klinik MyFamily Taman Tun Aminah Skudai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: