The Ilhams @ Dinosaur Kingdom Puteri Harbour at Night

The Ilhams @ Dinosaur Kingdom Puteri Harbour at Night

The Ilhams @ Dinosaur Kingdom Puteri Harbour at Night | Assalamualaikum. Cerita 2 December 2018, akhirnya setelah puas merengek Ummi Babah tunaikan janji bawa The Ilhams meneroka Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour. Plan asal nak pergi sebelah petang, tapi oleh kerana hujan lebat kami postponed selepas maghrib. 

Masing-masing dah tak sabar nak mask ke dalam. Tapi Ummi hold dulu sebab nak bergambar hahaha.

Pass masuk kami ni ada 8 token free.. jadi jomlah kita redeem tokena dulu. Korang boleh cari Token Redemption area ni di sebelah kanan pintu masuk.

Jangan tanya di mana Syamil hahaha. Dia takut sebab ada bunyi dinosaur dan pokok bercakap hahaha.

Ini pun nasib le Babah kena dukung dia masa nak bergambar. Kalau tak memang tak lah dia nak bergambar suka rela.

Aktiviti pertama kami, masuk ke Education Hub untuk short live show. Tengok baby dinosaur. Ini aksi sebelum dinosaur keluar hahaha.

Masing-masing relax dan cool lagi hehehe.

Excited tengok telur dinosaur hehehe. Gambar masa baby dinosaur keluar Ummi tak snap pula.

Ok dinosaur dah keluar, sejengkal depan mata sebab kami duduk bahagian depan sekali.

Tiba-tiba scene dinosaur mengamuk.. The Ilhams ketakutan haha. Sila abaikan suara Ummi tu ya. Over pula. Dinosaur mengamuk depan mata tanjat gegirl hahaha.

Nampak tu muka memasing. Sejuk tangan hahaha.

Seterusnya kami meronda sekeliling theme park sementara menanti jam 9 malam untuk Dinosaur Wild Park Live Show. Babah layan Abang Ilham bergambar dengan replika-replika dinosaur. 

Tetiba sampai sini ada budak sudi nak bergambar dengan abang dan Babah hehehe.

Ada tambahan masa lagi, jom kita kill the time dengan melayan carnival games. Sebab games lain The Ilhams tak nak. Memasing kecuakkan hahaha. Carnival games ni pun Babah dia yang layan perabis token hahaha.

Nahhhhh tengok tu Babah yang beriya hahaha. Ummi dan The Ilhams tukang sorak haha. Janji bahagia nak oi.

Dalam 4 games.. dua je berjaya dapat hadiah. Itu pun dah mencukupi janji dua-dua hero tak berebut.

Dapat seketul telur dinosaur dan patung dinosaur.

Ok we are ready for live show! Siap beli keropo Mimi hahaha.

The show begins..

Excited memasing sampai ternganga-nganga hehehe. Asalnya duduk depan-depan, tapi aircond sejuk sangat beralih naik atas sikit. Alhamdulillah both Ilham happy and enjoyed the show.

Sebelum keluar kita bergambar dulu dengan actors/dancers live show ni. Suka pula diorang melayan The Ilhams hahaha.

Ummi dah agak bakal kena pow bila keluar nanti. Sah memang sah. Tajam je mata diorang nampak merchandise area ni.

Untuk tidak menghampakan perasaan masing-masing. Babah belanja la dinosaur sorang satu dengan bajet RM10 sorang je ok. Nak masuk 5D cinema tapi token dah habis. Malas nak top up.

Berita gembira untuk ibu-ibu menyusu yang berkunjung ke sini, pihak pengurusan Dinosaur Kingdom ada menyediakan ruang khemah comel khas untuk breastfeeding area. Yeay! Ummi sangat suka dan teruja lalu mengambil gambar bukti hehehe. 

Sebelum masuk live show memang daha aim nak bergambar di replika bulan ni. The Ilhams kata nak tunjuk kat Uncle Azam ada bulan jatuh ke bumi hahaha.

Yeayyyy!! kami dah sampai ke bulan hehe. Both Ilham memang suka tengok bulan. Memasing kejakunan kejap rasa macam ye tak ye je bulan ni jatuh kat bumi hahaha.

Ehhhh Ummi pun teringin ok. Kata Syamil “Nanti kalau Syamil dah jadi angkasawan, Syamil nak bawa Ummi, Babah, Abang dengan adik baby pergi bulan”.Aamiin.. Ummi doakan adik jadi angkasawan ya, nanti Ummi dapat pergi bulan hehehe.

Ummi kau kurang pekerjaan.. main-main dengan bulan hehehe. Cekonon dapat pegang bulan lah kan. Padahal kaki tu dah sememeh sebab terpijak lopak-lopak air hahaha.

Sebelum balik, sempat ajak The Ilham ke area ni. Nak ajak bergambar masuk dalam telur dinosaur, dua-dua pun tak nak.

Untuk pengetahuan korang yang nak berkunjung ke sini di waktu malam, ada beberapa bahagian yang tak beroperasi di waktu malam, contohnya Ice Fossil, Fossil Dive dan The Swamp. 

Pengalaman datang waktu siang dan malam, memang ada bezanya. Malam lebih sejuk sikit la untuk anak-anak, kalau siang tak hujan memang panas berdenting. Kebetulan masa kami pergi tu, baru lepas hujan waktu petang kan, jadi suhu malam just nice. Santai-santai anak beranak, cuma hati-hati je la lepas hujan jalan licin.

Alhamdulillah The Ilhams puas hati walaupun tak semua diorang explore. Dah masig-masing takut bunyia dinosaur hahaha. Sampai je rumah, teruslah memasing menyiapkan dinosaur skeleton memasing. Yang kiri tu Abang Ilham punya, Dinosaur Mammoth dan yang kanan Syamil punya Dinosaur T-Rex.

Ok ada beberapa hari je lagi untuak korang berpeluang bawa anak-anak ke Dinosaur Kingdom ni ya. Kalaua perlukan infoa lengkap tentang Dinosaur Kingdom, boleh rujuk entri-entri Ummi di bawah ni ya.

Rasai Pengalaman Menarik Di Dinosaur Kingdom Puteri Harbour Sepanjang Musim Cuti Sekolah

Jom Ke Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour 20 Nov 2018 – 1 Jan 2019

Aksi Pertunjukan Hebat di The Moscow Circus Puteri Harbour

p/s Kami repeat lagi ke Dinosaur Kingdom masa Iskarnival Main-main tempohari. Tunggu entrinya ya. Fuuuhhh jenuh Ummi ronda Dinosaur Kingdom kali ketiga hahaha.

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

3 Comments

  1. kemain seronok abg ilham tengok dino.muka betul² teruja.nak bawak bebudak ni asyik tak jadi je sebab hari tu hujan.mybe next time..itu pun kalau ada lagi..haha

    • Hernee Nazir

      dia kalo blh hari2 nak masuk gamaknya..aduii..nasiblah tiket free..kalo tak blm tentu ummi dia bawak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *