Family's Activity

Aksi Pertunjukan Hebat di The Moscow Circus Puteri Harbour

Photo_1542941799508.jpg

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah minggu lepas Ummi bersama hero-hero besar, sederhana dan kecil berpeluang menyaksikan aksi-aksi menarik pertunjukan The Moscow Circus yang buat julung kalinya di Malaysia juga di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

Posing kejap tiga beranak depan main entrance. Korang yang nak beli tiket on the spot, bolehlah beli di Kaunter Tiket terletak di sebelah kiri pintu masuk.

Untuk pengetahuan korang,  pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman dari luar. Masuk je ke bahagian dalam ni ada stall menjual makananan ringan seperti pop corn, cikedis, gula-gula kapas, soft drink dan air mineral. Bekal duit je la :p

Rezeki kami dapat redeem food voucher for media, maka Ummi redeem dua bungkus pop corn, sebotol air mineral dan sebotol ice lemon tea untuk Babah.

Belum apa-apa The Ilhams dah suruh Babah belanja mainan. Cesss. Dapatlah sorang seketul spring berlampu tu apa entah.

Kemudahan portable toilet ada disediakan di sebelah kanan pintu masuk. Jangan bimbang kalau nak terkucil.

Yang berminat nak buat face painting pun ada disediakan ya. Ok jom cari tempat duduk.

The Ilhams antara yang paling teruja Ummi dia pun 2×5 bila Ummi bagitahu nak bawa diorang menyaksikan sarkis ni. Almaklumlah ini kali pertama kami nak tengok live depan mata. Kami antara yang terawal dapat masuk ke dalam, masa ni orang belum ramai lagi. Tempat duduk kami di adalah “Premium Seat” so kalau korang beli tiket untuk Premium korang akan dapat duduk di bahagian ni. Belakang tu untuk front bench. Untuk seating plan korang boleh baca di entri INI.

Di The Circus Moscow (TMC) korang berpeluang menyaksikan beberapa aksi sarkis terbaik di dunia dari Moscow, Rusia. Yang penting TMC adalah sarkas bebas haiwan (No animal abused). Memang tiada penggunaan walau seekor haiwan sekali pun kecuali tetiba ada seekor semut sesat naik atas stage ekeke. Ok Ummi gurau!

The Circus Moscow mempunyai lebih daripada 40 pemain/ artis bertaraf dunia. Diorang ni semua dipilih secara terperinci. Program berlangsung selama 2 jam dalam ruangan Big Top berhawa dingin sepenuhnya yang mampu memuatkan 2,700 penonton. Serious memang ramai uiiii. Ummi toleh kiri nampak orang kampung, toleh kanan ehhhh orang kampung lagi hahaha.

Jom baca info menarik mengenai The Moscow Circus di bawah ni ya. Lepas tua baru kita tengok gambar satua per satu untuk aksi pertunjukana mereka.

THE MOSCOW CIRCUS @ PUTERI HARBOUR, ISKANDAR PUTERI

🗺 Waze: Puteri Harbour Parking
🗓 Tarikh:20 Nov 2018 – 01 Jan 2019
🎟 Beli Tiket Online: www.themoscowcircus.com.my

Antara aksi pertunjukan yang menarik:

☑️ Master Juggler – The Incredible Semion Krachinov
☑️ The Moscow Circus Clowns – Olga & Lev Zaitsev
☑️ High Wire – The Svezhov Duo
☑️ Aerial Straps/ Silk – Roman & Natalia
☑️ Roller Skaters – The Romanov Duo
☑️ Illusionists – The Moskalov Duo
☑️ Diabolo Spinners – The Romanov Duo
☑️ The Russian Swing – The Skokov Troupe

Waktu Pertunjukan:

Isnin: Tutup
Selasa – Jumaat : 8pm
Sabtu – Ahad : 1pm, 4:30pm & 8pm

Harga Tiket – The Moscow Circus:

Ringside – RM250
Premium – RM160
Front Bench – RM100
Rear Seats – RM70
Rear Bench – RM50

Diskaun 20% untuk Kanak-kanak 12 tahun ke bawah, Warga Emas (60 tahun ke atas) dan OKU.

Photo_1542941551666.jpg

Ini bahagian Ringside. Tiket berharga RM250. Memang padangan jelas tiada halangan.

Photo_1542941554685.jpg

Sebelah sana tu, kawasan rear seat dan rear bench.

Korang boleh juga rujuk harga promosi dan tawaran khas seperti di bawah:

Promosi & tawaran khas:

❤️ Beli 4 Rear Seat dengan harga RM140 (Diskaun 50%)
❤️ Beli 4 Rear Bench dengan harga RM100 (diskaun 50%)
❤️ Tawaran Kombo Dinosaur Kingdom – The Moscow Circus: 1 kemasukan TMC kategori Premium + 1 Dinosaur Kingdom All-Day Pass berharga RM180 (warganegara Malaysia – Harga biasa RM228) dan RM200 (warganegara asing – Harga Biasa RM248)
❤️ Theme Park – Tawaran Kombo The Moscow Circus – Beli 3 tiket (untuk kategori berharga lebih daripada RM100) dapatkan SATU baucar untuk dua kemasukan ke Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town Puteri Harbour berjumlah RM118)

Tawaran Khas Pemegang Kad Maybank:

🧡 Dapatkan diskaun 25% kategori Ringside, Premium dan Front Bench
🧡 Pakej keluarga Ringside (4 orang) @ RM700
🧡 Pakej keluarga Premium (4 orang) @ RM450

Video preview yang dapat Ummi rakamkan walau tak berapa sempurna hehe. Abaikan kalau korang terdengar suara sumbang Ummi tu ya.

Ring Mistress – Karina Peace

Inilah pengendali acara sepanjang berlangsungnya pertunjukan The Moscow Circus.

Photo_1542941321992.jpg
The Moscow Circus Emsemble Dancers

Antara pertunjukan awal.. 

Photo_1542941214215.jpg
Illusionists – The Moskalov Duo
Roller Skaters – The Romanov Duo
High Wire – The Svezhov Duo
The Russian Swing – The Skokov Troupe

Tang ni Ummi memang kecut perut tengok. Fuhhhh.. beranai betul diorang ni kan hehehe.

Photo_1542941216481.jpg
Master Juggler – The Incredible Semion Krachinov

Babah kata dia paling suka aksi Master Juggler ni.

Olga and Lev Zaitsev 

Aksi paling melucukan gandingan dua orang badut Olga dan Lev Zaitsev. The Ilhams memang terhibur sangat menyaksikan aksi badut ni. 

Ini video kenangan Abang Ilham on stage. Masa tengah khusyuk menonton persembahan badut, Mr. Lev Zaitsev jemput Abang Ilham dan Syamil naik ke pentas. Tapi Syamil takut jadi Abang Ilham memberanikan diri jadi salah sorang volunteer. Good job abang! Tak sia-sia Ummi Babah bagi nama Ilham Syahmi (Syahmi maksudnya Berani) hehehe.

Photo_1542940300637.jpg
Kemain bersemangat angkat tangan hahaha
Photo_1542940300178.jpg
Photo_1542940299721
Photo_1542940298758
Photo_1542940299211
Part lari rebut kerusi ni memang geli hati Ummi tengok gaya dia berlari.

Tak ada rezeki Abang Ilham nak stay lama kat stage tu bila tak dapat arebut kerusi terpaksalah turun stage. Siap tepuk dahi tu hahaha. By the way, Ummi Babah really proud of you. Jadi abang kena berani ok. Turun stage Ummi rasa tangan dia sejuk kahkahkah.

Photo_1542941566606.jpg

Penutup acara setelah menyaksikan pertunjukkan  selama 2 jam. Memang menghiburkan dan kami berpuas hati. Sebelum balik Abang Ilham request nak bergambar dengan artis-artis The Moscow Circus. Ummi Babah layankan je sebab dia memang sangat enjoy dapat tengok circus. Berkali-kali ulang “terima kasih Ummi Babah bawa Ilham & Syamil tengok circus”. Terharu Ummi tau. Ini semua berkat doa anak-anak Ummi yang tiada hijab, Allah bagi kita rezeki ni.

Jom kita bergambar! 😉

Photo_1542939825946.jpg
Kami bersama Roller Skaters – The Romanov Duo
Photo_1542939829308.jpg

Asal boleh je dia selit kat orang cina dua beranak tu..hahaha Ummi cakap sabar tunggu diorang siap bergambar dulu hahaha.

Suka Ilham dapat bergambar dengan mak dan ayah angkat dia  Olga & Lev Zaitsev hahaha. Syamil tak nak takut hahaha.

Photo_1542940631244.jpg

Yeahhh dapat bergambar dengan magician. Dia hairan sangat tengok magic tu hehehe. Macamana baju boleh tukar-tukar ekeke.

Photo_1542939810253

Last but not least bergambar bersama  salah seorang penari The Moscow Circus Emsemble Dancers. Muka Abang Ilham senyum senget malu awek pegang bahu hahaha.

Kami berdua wakil media dari JDT Blogger. Pergi terjah blog Ain baca pengalaman dia tengok circus pula ya hehehe.

Sempat juga bergambar dengan Mak Indo kawan sekolah Ummi dan sekarang Ilham dan Aidil anak-anak kami pula jadi kawan sekelas hehehe.

Sebelum balik ke pangkal jalan, wefie la empat beranak uolls hehe. Alhamdulillah semua happy.

Pesanan Ummi Ilhams:

❌ Tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman dari luar.

☑️ Minuman & makanan ringan seperti pop corn dan cikedis ada dijual di dalam.
☑️ Surau terdekat di bangunan Hello Kitty, Puteri Harbour
☑️ Portable toilet ada disediakan.
☑️ Tiket boleh juga dibeli dikaunter.
☑️ Ruang berhawa dingin, kalau tak tahan sejuk bolehlah standby sweater. Tapi tak sejuk mana pun Ummi Ilhams je yang beriya pakaikan anak-anak dia sweater :p
☑️ Lokasi bersebelahan Dinosaur Kingdom, dugaannya lepas tengok show ni ditakuti anak-anak merengek nak tengok dinosaur pula or vice versa 😂

Enjoy the show! Memang best! Bukan anak-anak je teruja, mak ayah pun sama. Kami tak sabar nak repeat lagi.. ehhhhh :p

Jemput LIKE & SHARE jika bermanfaat! 

#mediapreview #galanight #mediainvitation #themoscowcircus#themoscowcircusmalaysia #puteriharbour #iskandarputeri#familyouting #dinosaurkingdom #johorbahru #bloggerjohor#TeamBloggerJohor #JDTBlogger #herneenazirdotcom

253 total views, 6 views today

Share this nice post:
Tagged , , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *