Travel, Travelog

Travelog Sabah| Kota Kinabalu – Kundasang – Ranau (10 – 13 July 2018)

Assalamualaikum semua..

Ummi nak buat update ringkas dulu sebelum Ummi buat entri satu persatu yang entah bila nak siap tu kan haha. Kalau korang friend Ummi di facebook dan follower instagram mesti korang tahu yang Ummi, Babah dan The Ilhams baru saja balik dari bercuti ke sebahagian daerah di Sabah. Alhamdulillah perancangan selama setahun untuk tabung travel ke Kota Kinabalu – Kundasang – Ranau dipermudahkan olehNya. Kalau Ummi dan Babah tak berdisiplin menabung memang tak merasalah anak-anak nak bermusafir ke tempat orang. Kami ke sana tidak menggunakan khidmat mana-mana Travel Agency. Semuanya kami aturkan sendiri dari booking flight ticket, hotel, kereta sewa dan lain-lain. Dunia serba canggih nak bergerak ke sana sini kami gunakan bantuan Google Map. Nasib baik juga line Celcom Babah ok, kalau harap U-Mobile Ummi memang kelaut hehehe.

Jom tengok sebahagian lokasi pilihan kami. Gambar ni yang baru sempat Ummi edit. Yang lain-lain masih dalam kamera hehe. Ummi is malas nak download. Okbai!

DAY 1 

Flight kami dari Senai Aiport jam 7.20am dan alhamdulillah mendarat di Kota Kinabalu International Airport pada jam lebih kurang 9.20am. Sesampainya kami di KKIA, Ummi segera menghubungi pemilik Kereta Sewa Kaizen KK. Memang sebelum berlepas Ummi dah inform awal-awal, so diorang dah standby ikut masa yang diberikan.

Selesai proses handover kereta Saga BLM (cerita lanjut next entry), kami terus mencari stesen minyak terdekat untuk mengisi minyak dan seterusnya mencari lokasi makan pilihan sebelum meneruskan perjalanan lebih kurang 2 jam ke Kundasang. Lokasi brunch kami adalah di The Warung. Cerita makan-makan menu Nasi Lalap di The Warung menyusul nanti. Lepas makan berpandukan google map, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang.

Alhamdulillah sampai di resort lebih kurang jam 2pm. Pemandangan Gunung Kinabalu dari Dream World Resort, Kundasang. Rezeki sampai-sampai petang tu dah nampak bayang gunung.

Pekan Kundasang. Sempat berhenti tepi jalan sebab nak bergambar view cantik.

 

Dream World Resort tempat kami bermalam untuk hari pertama di Kundasang. Memang tempat yang best dan strategik betul-betul menghadap Gunung Kinabalu.

Untuk tidak membuang masa, selepas check-in kami memulakan lawatan ke destinasi pertama di Kundasang War Memorial. Kundasang War Memorial adalah kawasan tinggalan sejarah yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Thanks pada adik yang sudi snapkan gambar kami empat beranak.

DSC01845.JPG

Seterusnya kami meronda sekitar Pasar Sayur & Buah Pekan Kundasang. Memang teruja tengok sayur-sayuran dan buah-buahan segar di sini. Kalau stay di homestay maybe bolehlah Ummi masak, tapi Ummi pilih untuk menginap di resort saja. Jadi mampu tengok je lah sayur-sayur segar tu.

DSC01870.JPG

Lokasi seterusnya adalah ke Arnab Village, Kg. Purakagis, Ranau. Kami sampai agak lewat. Sebenarnya tempat ni dah tutup, tapi salah seorang staff nya yang baik hati memberi kami dan satu lagi rombongan dari Johor peluang untuk masuk sekejap. Alhamdulillah rezeki The Ilhams, walaupun Syamil syok tidur hahaha.

DSC01906.JPG

Lepas Ilham puas bermain dengan arnab, kami meneruskan perjalanan pulang semula ke Kundasang. Sampai Pekan Kundasang kami terus menuju ke Puteri Nabalu untuk menikmati steamboat sebagai menu makan malam. Selesai makan kami pulang semula ke resort untuk berehat.

DAY 2

Hari kedua, mengikut itinerari yang dah Ummi susun, lokasi pertama ke Desa Dairy Farm. Pagi tu cuaca tak mengizinkan, hujan sekitar Kundasang. Ikut review yang Ummi baca kalau nak dapat view yang cantik ala-ala New Zealand, kena sampai ke Desa Dairy Farm sebelum jam 10am.

Kami sampai ke Desa Dairy Farm awal dan bersarapan di Des A Cow Restaurant sambil menanti hujan berhenti. Memang kami kurang bernasib baik tak ada rezeki nak fefeeling ala New Zealand. Dalam hujan tu pun sempat juga kami singgah di Desa Fresh Mart sambil menikmati aiskrim Gelato yang sedap. Sedap ok walaupun kesejukan hehehe.

Walau dalam hujan gerimis, bergambar itu kemestian hehe. Kemain lagi Abang Ilham buat gaya gitu ek. Selepas puas bergambar dalam hujan, barulah kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Bila turun ke bawah, ehhh tak hujan pun hehehe. Kuasa Allah.

wordswag_1531930005804.png

Dorang bertiga je yang berendam kaki, Ummi malas nak buka kasut hehehe.

DSC02059

Singgah juga di Butterfly Farm.

Canopy Walk di Poring Hot Spring, Ranau. Tak sangka Abang Ilham berani nak melintas empat laluan jambatan gantung tu. Ummi pun kecut perut.

Fish Massage, Tagal Sg. Moroli Kampung Luanti. Dia punya geli bila kena gigit ikan tu sampai terjerit-jerit ui. Satu sesi merendam kaki sambil buat fish massage adalah dalam lebih kurang 15 minit.

wordswag_1531485116357.png

Lepas berendam kaki, kami ke Sabah Tea mengisi perut yang lapar. Sempat juga shopping teh di sini. Nampak la bayang-bayang gunung dari sini walaupun masih dilitupi awan tebal. Alhamdulillah cuaca baik petang tu.

DSC02199.JPG

Selepas tu kami meneruskan perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu dan sempat juga singgah sekejap di Kinabalu Park. Jadilah dapat sampai ke sini kan. Sempat bergambar-gambar sekejap dan meneruskan perjalanan ke KK. Ikut plan kami nak singgah ke Rumah Terbalik, tapi timing dah lari. Terpaksa ditunda keesokan harinya sebelum kami meneroka pulau ke pulau.

DAY 3

Keesokannya, awal pagi kami siap-siap breakfast di KK Waterfront Hotel dan terus menuju ke Rumah Terbalik (The Upside-down House) & 3D Wonders Museum di Tamparuli. Selagi tak pergi ke Rumah Terbalik, selagi tu The Ilhams berzikir nak ke sini. Dah sampai KK jadi Ummi tunaikan juga sebab memang termasuk dalam itinerary.

wordswag_1531929935264

Kenangan di Rumah Terbalik.

Lepas ke sini kami berdezup menuju ke Jesselton Point untuk meneroka pulau-pulau sekitar perairan Sabah. Kami ambil pakej 2 pulau je memandangkan kami agak lewat sampai ke Jesselton Point. Babah sorang je ambil pakej tambahan untuk snorkeling.

Island hopping ke dua buah pulau di Sabah. Pulau pertama yang kami tujui adalah Pulau Manukan. Nampak tu The Ilhams syok sangat mandi laut dengan Babah. Sebelum ni tengok orang pergi ke sini kecur je rasa. Bila dah sampai sendiri, subhanallah cantik sungguh Pulau Manukan.

Selepas ke Pulau Manukan kami bertolak ke Pulau Sapi. Jangkamasa di Pulau Sapi agak lama sedikit. Sempatlah Babah tidur dan Ummi layan The Ilhams main pasir tepi pantai. Ummi malas nak mandi manda. Ngelat sikit hehe. Dalam jam 4 petang kami bertolak balik semula ke Jesselton Point.

Petangnya pula selepas sampai semula di Jesselton Point kami meneruskan perjalanan ke Pantai Tanjung Aru. Hajat hati nak tengok sunset tapi apakan daya cuaca tak mengizinkan. Sempat bersantai kejap je di tepi pantai. Awan mendung kelabu dah menutupi matahari.

DSC02616.JPG

Terus saja kami ke Todak Waterfront untuk makan malam. Cerita details makan-makan Ummi share nanti. Yang penting Ummi dapat jumpa kawan lama kat sini. Lepas makan-makan di Todak Waterfront, kami singgah ke Pasar Sinsuran untuk membeli cenderahati.

DAY 4

Hari ke empat, hari terakhir di sini. Kami check out lebih awal walaupun hakikatnya tak keluar awal mana pun hehe. Flight ke Senai petang tu jam 5.20pm, dan waktu pemulangan kereta sewa jam 2pm. Lebih kurang jam 10am kami check out dan menuju ke Centre Point Sabah untuk breakfast. Mula-mula Ummi nak cuba roti cobra yang kawan suggest. Tapi bebudak tu merengek nak Mc Donald’s so kami lepak Mc Donald’s je.

DSC02717.JPG

Lepas masing-masing dah kenyang, kami ke Signal Hill Observatory Tower destinasi terakhir kami sebelum ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Dalam jam 2pm kami sampai di KKIA dan memulangkan semula kereta sewa.

DSC02734.JPG

Sebelum check-in sempat juga lepak Jesselton Kopitiam pekena secawan kopi hehehe then baru check-in dan bertapa kejap sementara menanti kapal terbang hehe.

Alhamdulillah kami sampai di Senai International Airport dalam jam 7.20pm 15 minit awal dari waktu sebenar. Enjoy sesangat sepanjang bercuti di Sabah. Kalau boleh tak nak balik lagi, nak lagi lama. Banyak je lagi tempat tak sempat explore. Thanks Mommy Ngah dan Daddy Ngah sudi hantar dan jemput kami balik. Cerita penuh untuk semua lokasi akan menyusul nanti juga perkongsian itinerary yang tak seberapa hehe. Tapi jangan tanya bila hehe. Sooner or later akan keluar juga insha Allah.

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

9 thoughts on “Travelog Sabah| Kota Kinabalu – Kundasang – Ranau (10 – 13 July 2018)

  1. Bestnyaaa…
    Pernah plan nak ke sini gan family, tapi tiba-tiba last minit cancel, Suami tak dapat cuti..
    Burn duuit dep kami heheheheh

    Tggu ada rezki akan sampai ke sini..

  2. Assalam. Hi sis…

    boleh tak saya nak tahu berapa jumlah kos percutian di KK ? terima kasih.. boleh emailkan ke saya ke? atau bagi link blog yg sis dah buat. maaflah saya x terjumpa pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *