Assalamualaikum.. salam Jumaat 😉
Hari ni Ummi nak bercerita tentang buffet Ramadhan lagi. Harap korang tak jemu ya. Ummi bantu korang buat pilihan almaklumlah bila Ramadhan menjelma ni banyak syarikat-syarikat yang akan mengadakan jemputan berbuka puasa jadi mudahlah korang nak buat pilihan. Ye dok?
Alhamdulillah semalam Ummi ditemani Aunty Noni dan rakan-rakan JDT Blogger yang lain berpeluang menghadiri saru lagi Ramadhan Buffet Preview. Kali ni kami memenuhi undangan Swiss-In Johor Bahru. Seperti tahun yang lepas, sajian buffet Ramadhan di Swiss-Inn adalah di Rilek The Cafe. Tahun ini Swiss-Inn mengetengahkan tema “Warna Warni Ramadhan @ Rilek The Cafe dengan lebih 100 hidangan Melayu Tradisional, Cina, India dan lain-lain lagi. Korang pasti teruja bila tengok barisan “stall” dengan sajian yang menyelerakan. Boleh juga menyaksikan “live station”
Antara barisan para Chef yang hebat di Rilek The Cafe. Mereka adalah tunggak utama dalam menghasilkan menu yang menepati citarasa pengunjung.
Tengku Azmi Raja Abdullah (Acting GM Swiss-In JB) bersama dua orang chef hebat Swiss-Inn.
Sebahagian sajian berbuka puasa.
Signature dishes @ Rilek The Cafe.
Ruang yang lebih luas untuk para pengunjung.
Sajian utama buffet Ramadhan kali ini adalah Sup Rawon. Sumpah sedap uolls. Dagingnya empuk, bila dah ditambah dengan daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap rasa nikmat menghirup kuah sup panas tu.
Meleleh air liur Ummi ni oi. Ada disediakan roti untuk dicicah dengan kuah sup.
Tak dilupakan di stall yang sama, barisan sate ayam menanti para pengunjung.
Stall Kambing Bakar
Awak rasa Ummi nak tengok je ke kambing ni posing maut? Mungkin tidak. Tak sah kalau tak merasa kambing ni kan. Whole Lamb with Briyani rice. Nyumsss.
Asam Pedas Ayam
Asam Pedas Tetel
Asam Pedas Ikan Pari
Rilek The Cafe memang terkenal dengan menu Asam Pedas Bandar Maharani. Jadi adalah satu kerugian kalau korang tak merasa barisan asam pedas di sini. Dijamin sedap.
Mee Goreng pun adoooo tau.
Lauk-pauk lain yang boleh dimakan bersama nasi putih..
Kailan Ikan Masin.
Sayur Lodeh Tambak Johor.
Udang Masak Nestum bersama Cili Padi
Ikan Tongkol Masak Kari Terung
Daging Hitam Manis Pedas.
Ok Ummi nak declare yang menu ni Ummi’s favourite too. Sedap masakan daging hitam manis pedas ni tau. Ummi duk meratah je hehehe. Bila cakap sedap je rasa air lir nak meleleh hahaha.
Ayam Masak Gulai Timun.
Nasi Minyak
Nasi Putih
Aneka Pasta
Laksa Johor yang sedap. Cukup bahan.
Bihun Sup.
Jom tengok aneka ulam-ulaman.
Terung grill, bendi celur, kobis dan telur masin. Ummi syok meratah terung dan bendi tu simbah air asam, letak budu, tempoyak dan sambal belacan serta cincalok. Semua kau bedal hahaha.
Sambal belacan.
Budu hoiii.
Tempoyak. Tiada dalam gambar zoom in ialah cencalok hehe.
Nampak rupa petai yang menggiurkan tu. Ehh geram betullah. Ni mahu bertambah-tambah nasi. Lagi buat air liur menjejes.
Kerabu tauge dan babat. Ohmaigod! Ummi suka babat nasib nampak hehehe.
Kerabu mangga lagi lah. Sedap!
Kalau dah peminat kerabu, memang rasa heaven sangat la bila ada aneka kerabu terhidang hehe.
Tauhu sumbat. Aunty Nons kata pedas hehehe.
Pantang jumpa kerang.
Ikan pari, ikan kembung bakar. Boleh cicah dengan air asam.
Rojak buah uolls. Sedap kuah rojaknya.
Aneka jeruk dan dried fruits.
Jangan dilupakan kurma sebelum korang makan tak ingat dunia hehe.
Bubur pulut hitam.
Keladi goreng, keledek goreng.
Otak-otak.. ni kalau The Ilhams nampak ni boleh habis satu tray dorang bedal.
Ok sekarang cuci mata tengok aneka dessert.
Buah-buahan
Kuih tradisional.
Ini pun sodap.
Huwarghhh sedap puding-puding ni.
Peminat cendol, boleh juga cuba cendol, ABC dan aiskrim di sini. Fuhhh jenuh Ummi keliling Rilek The Cafe tau nak merasa semua juadah.
Korang boleh rujuk harga kat bawah ni ya. Tempah awal korang jimat RM20 untuk kategori dewasa. kalau korang beli 5 voucher dapat percuma 1 voucher. TQ to Swiss-Inn Johor Bahru.
RAMADHAN BUFFET @SWISS-INN JOHOR BAHRU
17 May to 14 June 2018@ Rilek The Café
Early Bird Promotion
Voucher Purchase from 1 April to 30 April 2018
RM78 nett (Adult)
RM34 nett (Child – 4 to 11 years old)Special Deal – Buy 5 Adult Vouchers FREE 1 Voucher
Normal Price
RM98 nett (Adult)
RM40 nett (Child)For reservation & enquiries, please call
07-218 3333 or email at info@sijb.swissgarden.com
mee goreng tu nampak sedap!
petai tu perghhh mesti semerbak baunyaaaa
hahaha kannn..petai tu punca nasi bertambah2..hahaha
banyak betul hidangan yang pasti sedap-sedap belaka.
terasa hirup sup tulang rawon yang sedap tu..
Pingback: Ramadhan 2018–Day 9 (Buka Puasa di Swiss-Inn Johor Bahru) - herneenazir.com
Pingback: Majlis Berbuka Puasa Swiss-Inn Johor Bahru Bersama Warga Pekak Dari Persatuan Orang Pekak Johor - herneenazir.com