Majlis Berbuka Puasa Swiss-Inn Johor Bahru Bersama Warga Pekak Dari Persatuan Orang Pekak Johor

Happy Monday & Assalamualaikum.. 😉

_DSC0681

Hari Jumaat lepas, Swiss-Inn Johor Bahru telah mengadakan “Majlis Berbuka Puasa  Bersama Warga Pekak Dari Persatuan Orang Pekak Johor”. Alhamdulillah majlis bermula pada jam 6 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam berjalan dengan lancar.

Program ini adalah salah satu program Corporate Social Responsibility (CSR) Swiss-Inn Johor Bahru bagi meraikan kumpulan istimewa komuniti pekak iaitu Children of the Deaf Adults (CODA). Anak-anak yang hadir ini adalah anak-anak kepada ibu atau ayah OKU pendengaran.

_DSC0689

Puan Haryati orang kuat SIJB bersama Tengku Azmi bin Raja Abdullah selaku Pemangku Pengurus Besar SIJB, Encik Mohd Yazid Bin Bain selaku Presiden SDJO dan tetamu-tetamu lain.

_DSC0678

_DSC0680

_DSC0683

_DSC0687

_DSC0688

Sebelum majlis bermula. Ummi sangat kagum dengan gaya komunikasi mereka menggunakan bahasa isyarat.

_DSC0696

_DSC0699

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh pengacara majlis dan bacaan doa bersama penterjemah bahasa isyarat. Seterusnya ucapan dari Tengku Azmi bin Raja Abdullah dan Encik Mohd Yazid bin Bain sebelum masuk waktu berbuka puasa. Encik Mohd Yazid adalah Presiden SDJO, beliau sendiri adalah OKU pendengaran dan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

_DSC0704

Encik Mohd Yazid bin Bain & Tengku Azmi bin Raja Abdullah.

_DSC0710

_DSC0711

Semua tetamu mengambil makanan masing-masing untuk persediaan berbuka puasa. Majlis seterusnya bersambung selepas berbuka.

Majlis seterusnya pemberian sumbangan kepada semua keluarga CODA yang hadir.

_DSC0724

_DSC0725

_DSC0726

_DSC0727

_DSC0729_DSC0731

_DSC0733

_DSC0736

Antara penerima paling kecil.. sayu hati Ummi..

_DSC0742\

_DSC0744

Adik photographer ni juga OKU pendengaran, tapi berbakat dalam bidang fotografi.

_DSC0746

_DSC0747_DSC0751

Seterusnya pemberian duit raya kepada anak-anak CODA.

_DSC0759

Cenderahati dari SIJB kepada Encik Mohd Yazid.

_DSC0764

_DSC0765

Majlis di akhiri dengan sesi group photo bersama seluruh tetamu yang hadir. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna dan sinar harapan serta kegembiraan kepada insan-insan istimewa ini.

_DSC0768

Sebelum balik sempat juga kami JDT Blogger yang hadir bergambar bersama. Walaupun masing-masing bersama “handbag” hahaha. Thanks Juju dan Cik Tom. Jumpa lagi nanti ya.

Korang boleh lawati official page di bawah.. LIKE & SHARE sebagai tanda sokongan kepada golongan OKU pendengaran.

Persatuan Orang Pekak Johor – SDJO

Photographer Pekak yang berbakat:
Adik Hafizan Zaini
http://www.wasap.my/60197568243
Untuk tempahan fotografi bagi majlis-majlis keraian.
Jom support Usahawan Pekak JDT.

 

 

 

Share this nice post:

2 Replies to “Majlis Berbuka Puasa Swiss-Inn Johor Bahru Bersama Warga Pekak Dari Persatuan Orang Pekak Johor”

  1. moga berterusan program begini diadakan.

    1. insha Allah.. tapi rasanya memang every year dorang buat..

Leave a Reply

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: