Review Jannah Homestay Taman Desaru Utama Kota Tinggi Johor

Review Jannah Homestay Taman Desaru Utama Kota Tinggi Johor

Entri ni Ummi nak review JANNAH HOMESTAY, TAMAN DESARU UTAMA, KOTA TINGGI. Tempat kami menginap 2 hari 1 malam sepanjang aktiviti DPM Netballers Family Day 2017.


20171208_154030

Sebenarnya ini adalah kali pertama menjejakkan kaki ke Taman Desaru Utama. Usaha mencari homestay ni semua Mommy Ngah punya kerja dan alhamdulillah dapat homestay yang ok dan sangat selesa.

20171208_154040

Kawasan corner lot yang memang sesuai untuk penyewa homestay membuat aktiviti yang dirancang. Menurut pemilik homestay ni, kebanyakan penghuni taman ni adalah pekerja-pekerja di Petronas RAPID Project, Pengerang.

Homestay ini memiliki 3 bilik tidur, 2 bilik air, penghawa dingin bagi master bedroom, kipas siling bagi bilik kedua dan ketiga, kawasan parkir kereta yang luas, kmudahan BBQ disediakan (alatan sahaja), kelengkapan dapur.

Ok jom kita masuk ke sekitar kawasan rumah.

20171208_152513

Ruang tamu yang luas. Ada tv berserta pakej NJOI. Tapi dapat tengok kartun je la sebab The Ilhams yang kongker.

20171208_151158

Ruang makan menempatkan meja makan dan peti sejuk.

20171208_151023

20171208_151120

Ruang dapur. Dapur memasak tak disediakan, cuma ada cerek elektrik dan microwave. Kami ok je sebab plan nak BBQ dan masak memasak di homestay lagi satu yang memang siap dapur memasak. Bahagia luar tu ada mesin basuh dan boleh menyidai baju. Sempat juga Ummi membasuh baju-baju kami yang berpasir tu.

20171208_151227

Bilik utama. Tok Ayah, Nenek dan Mak Wee stay di master bedroom.

20171208_151218

Kami empat beranak stay di bilik kedua. Tilam tambahan disediakan untuk para tetamu.

20171208_151042

Bilik ketiga dihuni oleh Mommy Ngah dan Bella.

20171208_151102

Tandas di dapur.

20171208_151240

Tandas di master bedroom.

Overall memang berpuas hati la dengan homestay ni. Luas boleh menempatkan sekurang-kurangnya tiga keluarga kecil. Kawasan persekitaran yang bersih dan tersusun. Ummi recommend korang yang nak ke Kota Tinggi dan tercari-cari homestay untuk bermalam boleh la cuba di sini. Nak beli makanan pun kedai makan tak jauh dari sini. Yang pastinya harga yang ditawarkan memang berpatutan iaitu RM250 semalam.

Kemudahan berdekatan: 

  • Highway Senai-Desaru E22
  • Poliklinik Penawar (hingga 12.00 tengah malam)
  • Pasaraya SAKAN dan JIASON

Sekolah dan IPT berdekatan:

  • Bersebelahan dengan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar
  • Bersebelahan dengan SM Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar
  • Bersebelahan dengan SMK Agama, Bandar Penawar.
  • Hampir dengan Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)
  • Hampir dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bandar Penawar.
  • Hampir dengan Kolej Profesional Mara, Bandar Penawar.
  • Hampir dengan Kolej Komuniti Bandar Penawar.

Tempat-tempat menarik berdekatan:

  • Lotus Desaru Water Theme Park
  • Bujang Firefly
  • Desaru Fruit Farm
  • Desaru Ostrich Farm Teluk Ramunia
  • Pantai Batu Layar
  • Pusat Peranginan & Pelancongan Desaru
  • Pantai Tanjung Balau
  • Muzium Nelayan Tanjung Balau
  • Muzium Kota Johor Lama

Lain-lain yang berdekatan:

  • Kem PLKN Desaru Gerak Khas
  • PULAREK TLDM
  • Ibupejabat KEJORA , Pejabat Tanah , Pejabat Pendaftaran Bandar Penawar
  • Kaws. Perindustrian Bandar Penawar

Kawasan Felda dan perumahan berdekatan:

  • Felda Air Tawar 4
  • Felda Air Tawar 5
  • Felda Semenchu
  • Felda Papan Timur
  • Felda Sungai Mas
  • Felda Lok Heng
  • Felda Adela
  • Felda Tunggal
  • Felda Sening
  • Felda Kledang
  • Bandar Penawar
  • Bandar Mas

JANNAH HOMESTAY

No 84, Jln Surian 8, Taman Desaru Utama,
Kota Tinggi, Johor

Contact No:
Adnan 013-7399655
Nana 013-5014313

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 thoughts on “Review Jannah Homestay Taman Desaru Utama Kota Tinggi Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: