Riadah Petang di Sireh Park Iskandar Puteri | Riadah petang Ahad kami sekeluarga di Sireh Park, Iskandar Puteri. Ini adalah kali pertam kami ke sini. Sebelum ni tengok kekawan je duk check in kat sini. Hari ni turn kami pula ya. Lokasi Sireh Park ni berhampiran Horizon Hill dan Taman Nusa Idaman, Bukit Indah.
Memasing semangat nak jogging hahaha.
Termasuklah budak cenonit itu.
Tu ha lagi jauh meninggalkan Ummi.
Toleh kiri toleh kanan, ehhh menarik sungguh lanskap di Sireh Park ni. Sireh Park ini adalah sebuah taman awam kategori taman wilayah yang memiliki keluasan 343 ekar. Ianya dibangunkan sebagai sebuah taman warisan semula jadi bertaraf dunia.
Antara kemudahan dan fasiliti taman ini ialah ruang taman yang padat dengan koleksi flora dan fauna serta warisan biodiversiti tempatan, kawasan lapang tapak ekspo dan pameran serta ruang dan kemudahan untuk riadah dan rekreasi.
Jom kita tengok lanskap menarik bagi setiap daerah di negeri Johor.
Orang Batu Pahat posing depan lanskap Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Lanskap Majlis Daerah Tangkak.
Doodle cantik Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang. Ummi pantang nampak doodle mesti nak bergambar walaupun bukan orang Pengerang ekeke.
Lanskap Majlis Perbandaran Muar. Kata Mak Wee macam rumah Mok Wan. Rindu dengan nenek dia la tu hehehe.
Lanskap Majlis Daerah Mersing.
Lanskap Majlis Perbandaran Kulai.
Lanskap Majlis Perbandaran Pasir Gudang bersama dua orang model ketot hehe.
Lanskap Majlis Daerah Simpang Renggam.
Lanskap Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bersama dutanya Puteri Zulaikha dan anak buah kesayangan Ilham Syamil.
Lanskap Majlis Daerah Labis.
Ada model terselit lagi kat sini.
Lanskap Majlis Daerah Kota Tinggi.
Lanskap Majlis Daerah Pontian.
Ada budak tu teringin nak bergayut kat tali tu tapi takut-takut hahaha. Puas meronda kat sekitar lanskap setiap daerah, rupanya ada dua daerah yang Ummi terlupa snap. Ummi tercicir lanskap Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Daerah Kluang. Almaklumlah busy mengjar bebudak. Nak hiking and jogging pun bergilir dengan Babah.
Ok now, it’s my turn. Babah tolong jaga anak-anak Ummi dan Mommy nak meneroka Sireh Park kejap.
Dah sampai atas bukit.
Kembang kuncup hidung Ummi. Bukit tak lah tinggi mana. Oleh kerana badan dah tak fit rasa mencungap. Nasib baiklah tak bawa bebudak tu semua. Kalau tak Ummi memang surrender la nak turun lagi. Memang Ummi bergolek je jawabnya hahaha.
Partner memanjat bukit. Ehhhh tabik springlah kekawan yang stamina power hiking gunung ke gunung. Mak semput nak mendaki bukit rendah ni ekekeke. Lepas ke kawasan ni kami terjah bumit sebelah pula. Dari atas nampak Babah tengah melayan bebudak kat bawah. Teruslah ajak Mommy Ngah turun lagi pun dah nak beransur senja.
Fefeeling anak tiga haha.
Suka memasing dapat bebas berlari ke sana sini.
Oh ya, kat sini bukan saja korang boleh hiking dan joging tau, korang juga boleh sewa basikal dan ATV. ATV ni Mama Cu dan Uncle Cu sewa RM60 untuk setengah jam kot tak silap. Harga sewa basikal tu tak pasti pula.
Nahhh semua sibuk nak bergambar dengan Mama Cu dan Uncle Cu. Settled keluar peluh kami pun bergegas balik ke rumah. Hari dah makin gelap.
LOKASI SIREH PARK
<
p style=”text-align: justify”>Ok ni lokasi Sireh Park bagi korang yang nak beriadah kat sini. Memang sesuai untuk seisi keluarga. Insha Allah panjang umur, ada masa terluang nak ajak Babah dan The Ilhams ke sini lagi. Tak lupa Mommy Ngah dan Mak Wee.
6,227 total views, 2 views today
Amboi sakan sekarang beriadah. Nak kurus camana lagi tuuuu.
dah mok2 ni yul oiii
Menarik juga tempat riadah ni
aah best mar..
aku komen jugak walau dah lama entry ni..eh..mana lama…awal tahun la ek..hahahah…nampak macam best,tiber sislin bagi gambo, rasa ngeri…kah²