Makan Malam di 7 Spice Danga Bay

Makan Malam di 7 Spice Danga Bay

20180203_205115

Minggu lepas the one and only adik lelaki Ummi balik ke sini atas urusan Visa pelajar di Indonesia. Malam Sabtu Ahad kami anak beranak makan malam di 7 Spice akak “Kedai 7” kata Abang Ilham. Mama Cu dan Uncle Cu takde dorang balik kampung. Abaikan spec “Ejen Ali” yang sibuk enter frame tu ya hahaha.

20180203_205322

Tok Ayah dan Nenek dah sampai dulu barulah kami menyusul.

20180203_204951

Ni anak bujang Tok Ayah, Farid Fathullah. Dah lama tak jumpa. Tahun ni dah masuk 20 tahun umurnya. Nak berkenalan PM tepi hahaha. Belakang tu Ummi yang menjaga Farid di Temanggung, Jawa Tengah.

20180203_205006

Budak sorang ni duk main chess dengan Babah. Bab chess memang Babah je la yang boleh ajar Ilham. Ummi memang tak reti seumur hidup hahaha. Dam ular boleh la.

20180203_205034

Dik non sorang ni syok tidur. Penat sangat dari siang tak tidur.

20180203_205629

Sibuk je Ilham ni Ummi nak ajak Pakcik wefie.

20180203_211008

Tak cukup quorum Mama Cu takde. Budak kecil tu masih syok tidur. Makanan dah sampai baru Ummi kejut dia.

20180203_214954

Mommy Ngah dan Daddy Ngah.

Ok makanan dah sampai. Semua menu Tok Ayah dan Nenek yang order.

20180203_205236

Popadum yang sedap.

20180203_210936

Tak pernah order set ni.. roti nan bersama ayam dan sotong tandoori boleh tahan pijar.

20180203_211050

Masakan ni tak pasti apa namanya. Kacang panjang, carrot apa lagi entah. Sedap juga.

20180203_211101

Nama penuh tak tahu, tapi ianya sejenis kambing masak butter, tak pedas.

20180203_211118

Yang ni sejenis kambing masala kot. Pedas level biasa-biasa dan yang penting sedap.

20180203_211142

Menu yang pastinya akan di order, 2 set kari kepala ikan ya ampun sedap hehe.

20180203_211558

Ini penghuni daun pisang Ummi untuk first round.. sambil suap Syamil tau.. bukan bedal sorang ekekeke. Alhamdulillah kenyang anak beranak. Lepas makan terus balik, padahal Ummi nak ajak dorang ronda kat Laman Mahkota tu hahaha.

20180203_220118

Wefie bertiga Ummi dan Farid.

20180203_220100

BFF tiga orang. Yang berdua dari kanan tu mana ngam. Yang hujung kiri tu ikut angin dia la. Kekadang disakatnya Mak Wee tu. Korang jangan berani kacau Syamil tau, nanti Mak Wee marah. Anak buah kesayangan dia tu. Balik ke rumah masing-masing nak menyempitkan kereta Tok Ayah. Ummi dengan Babah kemain lagi macam orang baru kahwin takde anak hahaha. Tapi Ummi tak boleh menyandar kekenyang dalam kereta sebab Babah suruh drive, dia nak tengok bola sepak live kat handphone. Cesssss.

Itu je cerita makan malam kami anak beranak sempena kepulangan Farid.

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. kisahsidairy

    sedapnya..sesekali makan kat sini weh…nyum2

    • Hernee Nazir

      hehehe trylah..kari dia mmg sedap..mantoppp hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *