Tahniah T-Team Netballers!

Cerita berlapuk juga ni. Kejadian berlaku pada 4 November 2017. Ikutkan tak berapa nak lapuk sangat la berbanding netball dan volleyball yang tahun-tahun sudah yang tak muncul entrinya di blog Ummi ni hehehe.

20171104_090039

Tahniah diucapkan untuk Turquoise Netball Team kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam perlawanan bola jaring PTP Sports Carnival 2017. Ecehhhh. Tahun ni team berubah, jadi kami satu team dengan department lain bukan macam yang sudah-sudah.

20171104_090051

Ikutkan Ummi memang dah pencen la nak main netball kat PTP. Bukan handal mana pun. Main buat-buat cukup quorom je. Lagi pun kan sepatutnya tengah memboyotkan, kekonon memang tak bersukan la tahun ni. Sekali ada yang pelawa dan minta tolong, Ummi tak sampai hati support la juga.

Eh.. kenapa Nenek, Mommy Ngah, Mama Cu dan geng DPM Netballers ada juga tu? Ohhh.. diorang supporters kami tau. Walaupun berlatih seminggu je, sempat juga Ummi minta bantuan diorang untuk share ilmu mana yang patut.

20171104_095037

20171104_095041

Sementara menunggu game start.

20171104_101321

Kami main first game, bertemu dengan Blue Team.

20171104_100038

Nampak tak pom-pom mak T-Team hehehe. Import khas dari Desa Paya Mengkuang. Player belum sampai diorang dah sampai hahahaha. Semangat weh!

20171104_101409

20171104_101433

20171104_121045

20171104_121122
20171104_12115620171104_122045

Alhamdulillah, walaupun first time main satu team.. ada juga nampaknya keserasian kami. Memang berlatih dalam masa seminggu je ni tau. Semangat tu yang penting.  Magic betul Sheila, Ganga semua macam magic masuk padang ada super power main netball hehehe. Semua game kami menang ecehhh. Boleh la level-level amatur (Ummi Ilhams la tu), walau ada yang terer main. Tahniah team.. tahniah juga untuk team lain, Magenta, Black and Blue. Kita enjoy je ya, disamping mengeratkan silaturrahim sesama staff PTP.

20171104_120543

Black Netball Team

20171104_120600

Magenta Netball Team

20171104_120615

Blue Netball Team

20171104_111708

20171104_120439

Pom-pom boy Ummi sampai lambat sikit. Sampai-sampai terus cari geng dia ajak main kad Boboiboy.

20171104_123952

T-Team Netball Players: Yama, Hernee, Sheila, Bae, Meyza. Ganga, Didie, Raja, Fatin, Aniya & Sarah.

20171104_123955

20171104_124226

20171104_12430020171104_124303

Posing ramai-ramai lepas habis game. Ecehhhh. Gembira sangat tu sebab memasing tak sangka menang hahahaha.

20171104_172021

Posing acah-acah pro. Ummi biasalah dengan position WA (Wing Attack) jek mampu hahaha. Jangan bagi Ummi C (Center) kelak semput mengejar bola satu padang hahaha. Jangan juga diberi jadi GS (Goal Shooter) mahupun GA (Goal Attack) memang kelautlah bola tak masuk gol hahahaha.

20171104_12044820171104_104557

Dalam masa yang sama sebenarnya berlangsung juga acara tarik tali. T-Team dah kelaut dalam. Jadi tuan manager kata tak payah tengok hahaha. Eh sampai habis game baru perasan tak ada bergambar dengan Team Manager kami. Alahaiii tak ada gambar kenangan. Lepas habis semua, kami ke Restoran Yeo Sekeluarga, Kg.Tg. Adang untuk lunch. Team Manager nak payung hoi sempena menang hehehe.

20171104_131429

Inilah adik-adik yang bersemangat bagi T-Team menang tau.

20171104_13275720171104_132824

Muka penat, muka lapar semua ada hehe. Ini je lah menu yang sempat Ummi snap hehehe.

20171104_134047

Udang goreng butter kot.

20171104_134106

Sotong goreng tepung.

 

20171104_134344

Udang blackpepper. Ada makanan lain, siakap stim, tauhu hot plate tapi lupa snap ke gambar hilang pun tak pasti. Nampak sangat lapar kan.

20171104_134349

Sebelum busy makan, sempat juga la snap muka Didie yang sedih dan tabah menanti Sarah senduk sayur tu hahaha. Betul-betul pasghah menanti tu ekeke. Apa pun thanks tuan manager kerana sponsor makan tengahari player yang dah semput kejar bola hehehe. Insha Allah kalau tak meboyot jumpa PTP Sports Carnival akan datang ya. Babai!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!