Bila Ke Forest City Mesti Nak Singgah Ke Kio Da

Rambling

Ehhh.. ni cerita bila ni Ummi? Ooooo.. ni cerita zaman dahulu kala nak. Ummi ni ada masalah kemalasan update blog, jadi Ummi peram dulu cerita. Tetiba malam Jumaat keliwon ni Ummi rajin pula nak update hahaha. Cerita selepas makan di Marry Brown, kami mencuci mata di Kio Da. Kekonon cuci mata, eh sekali tercuci poket.

20171027_133104

Kasi can lah Ummi posing kat sini.

20171027_133035

Ehhh kasi can jugalah Kek Qa posing haha.

20171027_135340

Kemain posing kan. You bajet you model ke? hehehe.

20171027_135959

Penipu betul camera ni, flawless sangat hahaha.

20171027_135746

Oooo hari ni bertiga je Noni tak ada. Lepas cuci poket sikit cepat-cepatlah keluar. Kalau stay lagi lama takut memacam TERbeli.

20171027_135824

Sekejap je.. satu plastik je pun hehe. Jom tengok apa Ummi beli.

20171027_141609

Taraaaaaaaaaa..tiga barang ni je.

20171027_141932

Cermin ajaib berwarna pink. Bila tengok muka jadi flawless dan berseri-seri. Harganya RM10.

20171027_142019

Pokok bunga sempena office baru. Tapi malangnya dah tiga minggu kot pindah office semula setelah renovation pokok ni hapah tak hidup hahaha. Salah Ummi la tu, tak ikut arahan yang betul. Eh Kak Leen pun beli, dia tanam pun tak hidup juga. Ciskek betul. Terbang RM10 haha.

Lagi satu Ummi beli travel bottles untuk shampoo, facial foam, body wash etc. Yang lama macam dah jahanam tu yang gatal tapak tangan nak beli lain. Harganya RM15. Barang-barang kat Kio Da ni tak lah mahal sangat pun. Kena pandai pilih. Tapi tak la semurah Daiso. Kio Da Forest City kecil je tak besar jadi tak nak banyak sangat pilihan barang. Tak banyak tapi blink-blink juga mata Ummi ekekeke. Ok itu ja nak cerita. Babai!

Related Posts

2 thoughts on “Bila Ke Forest City Mesti Nak Singgah Ke Kio Da

  1. macam-macamlah umi nak beli kan..nasib baik tak tempat umi naura takde ni..kalau tak,tak taulah kedai tu jadi apa…hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!