Bangun pagi Ahad, buka peti sejuk cari bahan nak masak untuk sarapan pagi. Sekali terus Ummi terpandang sesuatu. Apakah dia?
Ni haaa Ummi ternampak ada seketul ais dalam chiller. Pelik pula mana datangnya ais ni. Tengok freezer ada cup smurf yang kosong dah terbalik. Hmmmm.. dah boleh agak dah ni mesti kerja si Ilham ni. Malam Ahad, Ummi awal-awal dah terbongkang kepenatan. Siangnya tu kan dari pagi bawa ke petang penuh aktiviti. Penat sesangat gayanya. Anak-anak kat bawah dengan Babah. Jadi Ummi memang tak tahu apa aktiviti diorang.
Bila Abang Ilham bangun dari tidur, dia ke dapur cari Ummi. Ummi terus tanya dia.
“Ilham ais ni siapa yang buat?”
Muka dia terus berubah. Cuak le tu Ummi marah.
“Ummi tak marah la, Ummi tanya je.. baguslah Ilham belajar buat ais.. tapi kenapa Ilham letak ais tu kat bawah.. macamana dia nak beku”
“Ooooo.. Ilham nak buat ais Ummi.. lepas tu dia beku.. Ilham letak bawah la nak cairkan”
Ummi pun pening lalat tengok eksperimen Ilham ni hahaha.
“Kalau nak cairkan bukan letak dalam chiller.. biarkan je dalam cup tu.. letak kat luar nanti dia cair la”
“Oooo.. macam tu ke Ummi..”
“Ye la macam tu, sebabnya kalau ais tu cair dalam chiller nanti habis la berair semua dalam tu”
Akhirnya Ilham faham juga apa Ummi nak sampaikan. Sudahnya seharian dia duk buka tutup peti sejuk buat ais. Lepas tu dia makan ais aduhaiiii anak. Padahnya hari ni dia tak sekolah sebab demam maybe terlebih ais agaknya. Lepas tu merengek suruh Ummi ajar dia buat aiskrim pula. Rupanya dia ingat lagi projek buat homemade aiskrim Ummi dan dia dulu.
Nah boleh baca ni,
DDHN | Homemade Aiskrim Traffic Light By Ummi Ilham
Aktiviti eksperimen membuat ais ni boleh dijadikan salah satu “Homeschool Activities” ya ibu-ibu. Cubalah! Walaupun aktiviti ni secara tak sengaja dibuat oleh Ilham hehehehe.
assalamualaikum hernee…begitulah caranya anak2 nak mengetahui semuanyakan…kita yg kena bagitahu apa yg perlunya….semoga Ilham akan memahami semuanya nanti…