Tarik Minat Anak-anak Memberus Gigi Dengan Darlie Jolly Junior & Rilakkuma

The Ilhams Learning Phase

Darlie Jolly Junior.jpg

Salah satu cabaran untuk ibu dan ayah sepanjang hari adalah masalah anak yang kurang gemar memberus gigi. Tidak semua ibu dan ayah mengalami masalah ni. Tapi bagi Ummi dan Babah Ilhams, ada masa kami berhadapan dengan masalah anak tak nak memberus gigi. Alasan yang mereka berikan kerana ubat gigi ‘pedas’, berus gigi keras dan menyakitkan.

Sekarang kami dah boleh tersenyum lega dengan adanya Darlie Jolly Junior & Rilakkuma yang di datangkan bersama ubat gigi dan berus gigi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Jom kita berkenalan dengan Darlie Jolly Junior & Rilakkuma.

Jolly Junior Kids Toothbrush (Age 2-6)

Berus yang tipis lembut boleh membersihkan dan menjaga mulut anak-anak dengan lembut. Berus bulat kecil dengan ukuran 20mm. Direka khas untuk kanak-kanak dengan gigi susu. Pemegang cengkaman lembut anti slip yang sesuai dengan bentuk tangan kanak-kanak untuk memegang berus dengan selesa.

Jolly Junior Kids Toothbrush (Age 6-10)

Berus yang tipis lembut boleh membersihkan dan menjaga mulut anak-anak dengan lembut. Berus bulat kecil dengan ukuran 20mm. Direka khas untuk kanak-kanak dengan gigi campuran. Pemegang cengkaman lembut anti slip yang sesuai dengan bentuk tangan kanak-kanak untuk memegang berus dengan selesa.

Jolly Junior – Vanilla Flavour

Ubat gigi Darlie Jolly Junior perisa vanila ini direka khas untuk kanak-kanak 6 hingga 10 tahun. Mengandungi gred bahan makanan yang selamat untuk kanak-kanak. Tiada gula tambahan dan tiada ramuan haiwan yang digunakan dalam ubat gigi ini. Rumusan dengan Fluorida dan Kalsium, membantu menentang kaviti termasuk Xylitol yang menyukarkan pembentukan kaviti yang membawa bakteria. Pembersihan dan penjagaan yang lembut. Format gel untuk menarik minat kanak-kanak. Lebih dari 90% ramuan dalam formula ini memenuhi standard gred makanan.

Jolly Junior – Strawberry Flavour

Semasa dalam proses pertumbuhan gigi (campuran) penting untuk penjagaan kebersihan gigi. Ubat gigi Darlie Jolly Junior perisa strawberi ini direka khas untuk kanak-kanak 6 hingga 10 tahun. Mengandungi gred bahan makanan yang selamat untuk kanak-kanak. Tiada gula tambahan dan tiada ramuan haiwan yang digunakan dalam ubat gigi ini. Rumusan dengan Fluorida dan Kalsium. Mengandungi Vitamin E bagi membantu mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Pembersihan dan penjagaan yang lembut. Format gel untuk menarik minat kanak-kanak. Lebih dari 90% ramuan dalam formula ini memenuhi standard gred makanan.

20170922_095048-01.jpeg

5 sebab kenapa The Ilhams suka memberus gigi setiap hari:

  1. Perasa yang manis dan berbau wangi menarik minat The Ilhams sebab diorang kata tak pedas macam biasa. Membantu nafas menjadi segar dan mengekalkan gigi yang sihat dan putih.
  2. Kandungan bahan Gred Makanan yang sesuai bagi 2 peringkat umur iaitu untuk kanak-kanak 2 hingga 6 tahun serta 6 hingga 10 tahun. Yang penting selamat jika The Ilhams tertelan.
  3. Mengurangkan risiko kerap berjumpa doktor dengan memberus gigi setiap hari. Almaklumlah anak-anak Ummi ni memang alergik dengar perkataan “doktor” hehehe.
  4. Kandungan ubat gigi Darlie Jolly Junior yang diformulasikan dengan fluorida dan kalsium serta kandungan xylitol dan vitamin E membantu menentang dan menyukarkan pembentukan kaviti.
  5. Dengan menggunakan berus gigi yang lembut mengikut spesifikasi umur anak, ianya mengurangkan risiko luka pada gusi semasa memberus gigi. Kuranglah The Ilhams merungut berus gigi keras dan sakit mulut nanti.

Tambah Keriangan Memberus Gigi Dengan Aplikasi Darlie Brush-Up

Darlie_banner-contentpage_1920x800 (1)_0 (1)-crop.jpg

Selain memperkenalkan berus gigi dan ubat gigi Darlie Jolly Junior & RilakkumaDarlie Jolly Junior telah melancarkan satu aplikasi Darlie Brush-Up. Aplikasi ini korang boleh download di App Store dan Google Play Store pada smartphone ya. Yang penting aplikasi ini adalah PERCUMA.

Screenshot_Darlie Jolly Junior.png

Aplikasi ini sangat menarik dan interaktif. Ianya mengandungi video berdurasi 2 minit dengan pelbagai template yang comel untuk menarik minat anak-anak memberus gigi sambil bermain. Setiap kali selesai memberus gigi, anak-anak akan diberikan pelbagai karakter untuk dikumpul dalam “My Buddies”. Korang boleh juga guide anak-anak untuk menggunakan aplikasi “My Diary” dan “My Album”. Koleksi gambar-gambar selepas anak-anak memberus gigi akan disimpan di dalam “My Album”.

Detik-detik yang dinantikan selepas siap memberus gigi selama 2 minit. “Say Cheese” Abang Ilham. Sambil tu Ummi pun snap gambar diorang dengan template pilihan. Abang Ilham kata dia nak jadi captain. Jadi dia pilih template ni.

“Say Cheese” Syamil. Adik pula pilih template ni ala comel bermisai anak Ummi hehehe.

Jom sertai “Jolly Brushing with Rilakkuma Contest”

Untuk pengetahuan korang, Darlie sedang mengadakan Jolly Brushing with Rilakkuma Contest dengan hadiah yang lumayan. Pertandingan ini berlangsung dari  7 September 2017 hingga 4 Oktober 2017. Sila klik SINI untuk muat turun Terma & Syarat. Jom korang kita cuba nasib hehe.

Untuk maklumat lanjut mengenai Darlie Jolly Junior & Rilakkuma boleh layari www.darlie.com.my

Related Posts

2 thoughts on “Tarik Minat Anak-anak Memberus Gigi Dengan Darlie Jolly Junior & Rilakkuma

  1. wah.seronok la kan the Ilhams tu menggosok gigi..hari-hari gosok pun bagus..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!