DDHN | Homemade Aiskrim Traffic Light By Ummi Ilham

19/05/2015

ilham syahmi memang peminat aiskrim.
tapi dalam banyak2 asikrim dalam dunia ni, dia suka cuma satu je.

images (1)

aiskrim matkool traffic light.
yang lain? hmmmm jangan harap dia nak layan.
jadi sebagai supermak lah konon, ummi berusaha nak buatkan ilham aiskrim homemade ala2 matkool.

jom kita ke dapur!

20150517_130218

tak sempat nak cari buah2an berwarna traffic light jadi buat masa ni ummi guna jek bes minuman berperisa jenama double lion.

untuk warna merah, kita guna perisa strawberry.
untuk warna kuning, kita guna perisa jagung.
untuk warna hijau, kita guna perisa tebu.

20150517_130255

barisssss.. barisssss sedia!
encik2 perisa sedia untuk dibedah.

20150517_132103

bancuhkan ketiga2 warna mengikut jug masing2.
tambah gula sikit sesedap rasa, jangan manis sangat.
seelok2nya guna air suam untuk menghasilkan aiskrim yang lembut.
ecehhhh.

20150517_131802

ini assistant ummi yang menyibuk selagi aiskrim tak siap.
kadang2 dia macam supervisor dapur ye juga.
suka hatilah ilham, nak sangat tolong kacau.

20150517_132351

first layer traffic light warna merah siap!

20150517_132513

jom kita bekukan.

tak ingat pula berapa lama ummi bekukan hehe.
dah nampak beku masukkan layer kedua.
trafffic light warna kuning dan bekukan.

20150518_011425

taraaaaa.
dah beku layer kedua.
hambik kau, terlupa cucuk buat lubang.
teringat aiskrim tak siap tengah2 malam.
ajak ilham teman ke dapur sambil lubangkan tengah aiskrim.
lepas tu masukkan layer ketiga, traffic light warna hijau dan bekukan.

20150518_013129

itulah rupa dalam kesamaran aiskrim traffic light yang sedang dibekukan.
ilham biasalah excited konon2nya.

20150518_074559

esok pagi sebelum pergi kerja jengah kejap aiskrim.
taraaaaaaaa.
dua traffic light ok warna.
ada dua lagi traffic light led rosak.
warna bercampur pulak kahkahkah.

20150518_184054

balik kerja petang ajak ilham layan homemade aiskrim traffic light by ummi.
sekali dia buat jual mahal daaaaaaaa.
dia kata..

”tak lah tak sedap.. uwekkk”

(siap buat gaya nak muntah hokkay)

”saya nak beli aiskrim kedai tok din jek”

ciskek punya ilham.
tak jaga hati ummi langsung tau.
sudahnya ummi bedal sesorang jek lah gini.
sedap tau..rugi tak makan.

haaaa anak2 jiran meh sini mak long ada jual aiskrim traffic light sedap! hahaha

Share this nice post:

1 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: