Cerita Friday’s lunch kami. Hari ni ke Restoran Johnny’s lagi dan lagi dan lagi. Sila jangan jemu tengok ya. Kami sekepala peminat steamboat di Restoran Johnny’s hehe.
Sementara tangan menggigil menanti makanan. Meh la snap sana sini buat syarat ada gambar ekeke.
Dari berempat jadi berlima lepas tu jadi berenam. Dan sekarang hanya tinggal berempat semula. Untuk Dila dan Ira sila jangan terliur ok hehe.
Kenapakah tudungmu itu Noni hahaha. Kemain senget lagi. Orang sebelah dia tu maintain je dengan shawl terkibai-kibai hahaha.
Orang HSE belah sana, orang Marine belah sini eh hehe. Makan-makan challenge nama dia. Pipi kembung dagu berlapis. Jangan berani nak join Geng Jumaat kalau awak tak mampu membesar bagai johan macam Ummi Ilhams. Ehhhh.
Masa tengah duk masak tetiba ada berbau hangit. Semacam hoi hangitnya. Cuak juga kami. Masing-masing cuba selamatkan muka masing-masing hahaha. Ni kalau apa-apa jadi, meletop ke konfem kami berempat dapat makan free seumur hidup kat sini haha. Alhamdulillah sampai ke hirupan kuah tomyam terakhir tak ada apa yang berlaku. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Ecehhhh.
Lepas makan apa lagi bergegaslah balik office. Kau hingat kau ada share dengan PTP? hahaha. Kekonon nak tapau sushi. Tapi tetiba muncul keinsafan dalam diri. Bawa-bawalah bertenang. Kerja nak makan je nak jadi apa? hehehe. Okbai!
wahhhh best nyerrr.