Kebingungan nak makan mana, akhirnya kami ke Johnny’s je la. Ummi ok je favourite tu hehehe.
Selepas order dan sebelum makan. Kekonon nak kill the time la kan.
Eh apasal Noni ada dua kali hahaha.
Sebenarnya tak cukup geng ni. Kesihatan Makcik Dila tak mengizinkan, suara dah rock so dia dapat medical leave. Kalau tak konfem gamat Johnny’s ni dengan suara dia. Tu lah dah cakap, balik Penang tak payah buat konsert, nak buat juga hehe.
Spicy Kuey Tiaw pilihan Ira.
Bee Hoon Tomyum pilihan Eqa.
Ummi, Kak Leen dan Noni makan steamboat. Tapi bahan lambat sampai marilah kita hirup sos dia je 😅😅 Sos sedap ni nanti kita share resepinya ya.
Ok bahan-bahan dah sampai marilah kita memasak. Lepas tu panas tak adjust mereput tunggu masak menggigil tangan lapar.
Dipersilakan makcik dua orang ni makan dulu. Ira tu beriya padahal pukul 3pm lecturer nak datang dan kena buat prrsentation haha.
Ok dah menggelegak, masa untuk makan. Makan dengan penuh khusyuk sebab tahap lapar dah nak sampai langit.
Lepas makan kita bergegas ke Yubiso or Daiso sebab Ummi nak beli hadiah untuk aktiviti tukar hadiah masa Projek Potluck JDT Blogger. Ok sambung nanti.