Cerita makan bersama Geng Jumaat. Hari ni berlima tapi kurang sorang, Makcik Dila tak join, dia half day sebab nak balik ke Penang. Tujuan utama keluar rehat sebab nak ke bank. Tapi isi perut dulu di Restoran Anjung Selatan. Gelang Patah macam dah tak ada bank nampaknya sampai jauh menjelajah ke sini. Padahal lepas makan ada lagi satu agenda hehehe.
Ummi repeat Patin Tempoyak la apa lagi. Ambil patin buah bahagian kepala RM29.
Nasi Ummi bersama terung berlada dan tempoyak. Memang muka tempoyak ek hahaha. Sedap sesangat. Terasa kuah yang pekat tu lalu kat tekak lagi hehe.
Ini lauk Kak Leen. Kak Leen kena paksa jamah ikam patin ekeke.
Ini lauk Eqa. Amboi ulam peria katak.
Ini lauk baby Noni eh baby la sangat hahaha. Ala tak meriah pinggan Noni.
Ini pinggan Ira meriah sikitlah dari Noni hahaha. Dorang tak beriya nak makam ikam patin. Ummi je yang beriya sangat ni hahaha.
Sebelum makan haruslah bergambar dulu. Walaupun tangan dah menggigil lapar.
Ok ini harga saya makan sorang hehehe. Rasa segan nak masuk kat dalam group money tracker hehehe. Makan sedap jeklah Ummi oi. Lepas tu baju seluar semua sendat.
Memang masih sedap macam kali pertama makan di sini. Orang jangan katalah, macam tak pernah kosong. Susah nak tengok meja kosong. Fuhhh rezeki taukey restoran. Ummi baru perasan sebelah kanan restoran tu ada sate, bubur, aneka mee dan lain-lain. Sebab datang fokus nak makan ikan patin tempoyak jadi tak amik port menu lain hahaha. Lepas makan, kami ke kedai yang dekat-dekat dengan restoran ni. Kat mana tu? hehehe tunggu next entry.
Oklah, boleh baca review pertama Ummi ilhams Friday’s Lunch–Mencuba Patin Tempoyak Sedap Di Restoran Anjung Selatan Bandar Baru UDA Johor Bahru
Ya allah sedapnya kalau dapat lunch kt sini.lauk patin tempoyak tu yang paling tertarik
must try airah..sedap sgt..hehe
Aduhh sedapnya kakk. Perghh sorang makan dah macam tuh. Dapat bayang benang tetas hahahaha.
hahaha hampeh uyul..
Hri ni lunch di Anjung Selatan , BBU .. Tak tahu kenapa masakannya sudah tak sesedap seenak dulu2 .. tempoyaknya terlampau manis , pekatnya terlebih sangat dan colour kuahnya tu terlampau berbeza dgn dulu2 .. kenapa ya ???
lah ye ke. saya skrg biasa makan yg kat 68 Avenue Gelang Patah ok je rasanya.