MUAZ Wholesale Emporium Kini di Johor Bahru | Lepas makan di sinilah tempat yang kami tuju. Bukan nak beli apa pun saja nak survey hehe baca review kekawan teruja pula nak ke sini. Dari Ahad bawa ke Rabu sampailah ke Jumaat baru lah impian jadi kenyataan. Sampai mana lagi kalau bukan ke MUAZ Wholesale Emporium yang kini dibuka di Bandar Baru UDA. Jadi orang-orang JB tak payah susah-susah ke KL kalau nak dapatkan pakaian keluaran Muaz ni.
Belum apa-apa mata dah melilau tengok harga yang super duper murah. Belum masuk ke dalam lagi.
Haaaa melampau kalau tak nampak bunting besar ni kan. Dari luar dah nampak orang ramai masuk dalam kussss semangat.
Sebelum memulakan pengembaraan, marilah kita wefie ekeke. Rasa macam datang ramai sangat sebab banyak cik patung yang masuk join bergambar hahaha. Tengok harga tudung ya ampun murah sangat ada RM7 sehelai ada RM8.
Setiap celah baju ada orang. Fuhhh. Masing-masing memborong baju dan tudung raya mungkin.
Harga blouse pun memang berbaloi-baloi dan cantik. Dulu kawan Ummi Che Ta pernah belikan blouse Muaz ni. Memang selesa dipakai.
“Harga yang dipamerkan tidak termasuk GST”. Walaupun tak termasuk GST masih dikira murah la kan. Sempatlah tekan kalkulator nak tengok harga sebenar hehehe.
Noni sampai tersesat dalam timbunan baju hahaha.
Amboi-amboi siap naik lift bagaikan baru 3 tingkat hehehe.
Jubah pun murah-murah. Baru RM39 + 6% GST boleh dapat berhelai-helai kalau nak compare harga di butik-butik di depan sana.
Ada juga lah macam berkenan tapi memandangkan cabaran nak membayarnya tu kena beratur panjang terus lupakan jek lah niat suci murni tu. Next time maybe.
Kita selfie jek lah depan jubah hahaha.
Makcik-makcik ni kena kerah bergambar hahaha.
MUAZ Wholesale Emporium Kini di Johor Bahru
Haaaa sanggup ke nak beratur panjang macam tu? hehehe. Acik tak sanggup. Kaunter cashier ada dua sahaja. Memang senua orang akan bayar dan serbu ground floor bahagia tudung-tudung. Bayangkanlah sesaknya. Maybe baru lagi kan, harap-harap akan datang pihak Muaz dapat sediakan lebih banyak kaunter bayaran at least 1 kaunter setiap tingkat. Barulah makcik-makcik yang beratur panjang tak merungut hehehe.
Berkenan pula blouse dan skirt labuh yang display kat luar ni hehehe. Eqa tengah potpet apa la tu ngeh3. Lepas pusing-pusing kami berlima tak beli apa pun sebab tak sanggup nak beratur kang balik office terlebih-lebih pula lambatnya.
Nanti boleh datang lagi, bak kata Mama Maszull tak lari Muaz dikejar hahaha. Tapi rasanya kalau mak-mak nak bershopping better tak payah bawa anak. Pergi sendiri lebih mudah nak shopping takut anak-anak tak selesa ramai bersesak dan panas. Rasanya Babah Ilham pun tak berapa nak ke sini hahaha jadi Ummi kena curi masa pergi hari Jumaat dengan kawan-kawan ekeke. Lagi satu, kalau mak-mak yang tak berkerja dinasihatkan ke Muaz weekedays (hari orang berkerja) time-time awal pagi orang kurang bolehlah mak-mak shopping sakan. Nak membeli ni kena fokus, nanti silap beli tak muat susah je nak datang semula tukar. Hari-hari hujung minggu konfem lagi ramai, kalau tak nak bersesak sila ikut nasihat saya hehehe.
Ok itu je nak bebel. Bagi korang yang berkerja nak cari blouse harian untuk berkerja memang sesuai sangatlah beli kat Muaz ni. harga berpatutan dan menjimatkan. Berbelanjalah dengan berhemah, ingatlah suami dan anak di rumah 😜
JOM LIKE – HERNEENAZIRDOTCOM
bestnyaa. kalau sha ni kan, dapat cuci mata takdapat beli pun takpe tapi kalau bekenan sangat grab je hehehe
kann..ni akak cuci mata tu..nak beli malas beratur..
Waaaa bestnya boleh la sngah nnti
hehehe sila singgah..
muaz wholesale sampai bila?
Muaz memang murah murah. Uyul pun rambang mata.
hehehe nak raya lagi murah kot
murha-murah harganya
JanjiKita
aah mampu milik la..tapi dah penuh orang serabut nak milih hahaha
seronoklah kan bila dapat shopping baju murah macam ni…kalau kat butik dapat sehelai je,kat sini dapat 2-3 helai…hehe
betullah..banyak sgt jimatnya..
tolong call saya sekarang 016-7653 441
urgent terima kasih
ok boleh je..
kalau tengok gamba pakaian perempuan banyak..untuk pakaian lelaki banyak pilihan tak?
memang betul..baju lelaki tak ada..semua baju perempuan
Assalamualaikum, saya nak tahu tempat ini kat mana dan boleh kasi nombor telefon anda?
Tak boleh beli online ke?