Ilham Explore Taman Negara Johor Tanjung Piai – Part 2 | Sambungan dari cerita Ilham Explore Taman Negara Johor Tanjung Piai – Part 1
Keluar je dari Laluan A, dah disambut dengan monyet-monyet liar. Ummi yang takut anak-anak relax je.
Babah snap gambar kami berempat dulu. Gasaklah memacam aksi.
Turn Ummi snap gambar Babah dan anak-anak. Tapi anak sulong buat perangai tak nak bergambar dah tak sabar nak masuk Laluan B.
Ok kita ke laluan B pulak. Bersedia untuk menyelusuri hutan bakau seterusnya.
Beriya sangat dua orang kat depan tu. Adik memang berkepit dengan Babah je.
Nak ke fishing jetty kena menapak 284 meter.
Babah dah tak larat nak tunggu adik terkedek-kedek hahaha. Ummi memang tak bawa baby carrier haha.
Akar jangkang Pokok Bakau Minyak tertinggi di Tanjung Piai. Ketinggiannya ialah 14 kaki atau 4.27 meter dari paras tanah.
Kita terus ke fishing jetty dulu. Sampai tergolek lip balm Ummi terkeluar dari kocek beg jatuh ke pokok bakau hahaha. Nasib baiklah senang ambil maka Babah kena kerah kutip balik sebab dia yang bawa beg tu hahaha.
Ok meneruskan pengembaraan ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia, lebih kurang 87 meter saja lagi. Budak tu penat tapi enjoy. Tengok siput, umang-umang, nampak mengkarung. Ummi Babah kenalah jadi cikgu Alam dan Manusia kejap. Kekadang jadi cikgu Geografi hahaha.
Kekanan lagi ya.
Hoyeahhhhh akhirnya sampai ke sini di globe Penghujung Selatan Tanah Besar Asia/ The Southernmost Tip of Mainland Asia.
Selfie dipanas terik hahaha. Tengah tak ramai orang, cepat-cepat Ummi ajak anak-anak bergambar.
Turn Babah dengan anak-anak.
Next Ummi dan anak-anak. Memang susah nak dapat pose yang sempurna. Pasghahhh hahaha.
Pemandangan sebelah kiri nampak jeti tanjung yang mula-mula kami pergi.
Rasa nak terduduk kejap memikirkan nak patah balik semula ekeke.
Tengok tu ha, kerja main baling-baling daun.
Adik pun sama kutip daun baling-baling ke pokok bakau.
Babah ajak dorang tengok siput berongan dengan lebih dekat.
Ummi nak juga muka masuk hoi.
Nampak tak tu, siput berongan sedap tu rebus. Arwah mak suka masak sambal kering-kering gitu. Kalau buat rendang pun sedap.
Meneruskan lagi perjalanan balik, stop kejap di kawasan tapak semaian pokok bakau.
Kekonon dah nak terus balik, sekali Abang Ilham merengek nak tengok gambar-gambar haiwan kat laluan A tu. Nasib boleh masuk semula. Terus ajak Zara bergambar kat sini.
Tengok ulat gonggok pun dia suruh Ummi snap hahaha. Siap terjerit-jerit kahkahkah. Macam tak pernah jumpa ulat gonggok.
Ok sikit lagi nak sampai kereta, dah melengas dah hahaha. Kat bahagian luar ni ada la tiga kanopi jual-jual makanan air segala. Kami tak beli pun kat sini sebab Babah dah belikan dorang susu dan milo kat kedai atas tu tadi. Monyet masih meriah bekeliaran nak mencari rezeki. Seram juga kot dia rampas air pada tangan bebudak ni.
Ok, mission accomplished! Untuk ibu ayah yang nak bawa anak-anak ke sini, pastikan bekalkan diorang dengan topi kalau cuaca panas. Bekal air masak lebih sebab konfem dengan ibu ayah sekali haus. Setakat kami pergi tu macam tak jumpa pula agas atau nyamuk jadi tak payah bekal ubat nyamuk ekeke. Tingkat level kesabaran ditahap langit ke tujuh dengan melayan telatah dan kerenah anak-anak. Jangan lupa sampai sana ibu ayah kena jadi cikgu Alam dan Manusia dan cikgu Geografi. Jadi standby lah soalan cepu emas dari anak-anak hehe.
Settled satu aktiviti bersama anak-anak kami minggu ni. Ada dua minggu lagi sebelum puasa kalau nak naik bas. Kalau tak Ummi postpone terus sampai lepas raya. Next week abang Ilham exam, lepas tu Ummi ada Potluck dengan geng JDT Blogger. Wahhh full aktiviti weekend kita hehehe. Semoga anak-anak Ummi happy dan belajar sesuatu. Next entry, tengok kami singgah ke mana pulak hehehe.
Stay tuned!
Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir
wahh seronokk anak anak akak berjalan ye.
hehehe homeschool aktiviti katanya..