Ilhams Explore Taman Negara Johor Tanjung Piai – Part 1

Homeschooling The Ilhams Learning Phase

Ilhams Explore Taman Negara Johor Tanjung Piai – Part 1 | Projek Ummi dan Babah seterusnya untuk anak-anak ialah ke Projek Eksplorasi The Ilham ke Taman Negara Johor, Tanjung Piai akhirnya terlaksana di hari Sabtu yang lepas. Tambahan sorang lagi peserta perempuan Cik Puan Zara hehehe. Gigih Ummi plan dengan Mommy Zara nak bawa Zara outing hehe.

P_20170506_143551_vHDR_Auto
P_20170506_143617_vHDR_Auto
P_20170506_143624_BF

Mula-mula sampai Abang Ilham macam cakap tak best, bebel-bebel tak nak. Sekali sampai “Eh, macam best la Ummi”. Haaa tu la, lain kali ikut je dulu baru tahu best ke tak. Actually idea nak ke sini dari Babah, dia dah caras idea Ummi nak bawa anak-anak naik bas. Terpaksalah mengalah dan postponed projek naik bas hehehe. Memang kami tak pernah ke sini. Panas boleh tahan, tapi Ummi dan bekalkan air masak 2 botol dan topi untuk hero-hero. Cuma Ummi lupa nak pesan Zara bawa topi. Kata Babah takpe kat dalam tu nanti redup. Sebelum apa-apa bergambar tu kat signboard ya anak-anak.

P_20170506_143554_vHDR_Auto
P_20170506_143648_vHDR_Auto

Dah bergambar kat belah kiri, dia nak suruh ambil gambar kat belah kanan pulak. Layankan aje memasing ada gaya tersendiri hehehe.

P_20170506_155550_vHDR_Auto

Penunjuk arah.

P_20170506_143749_vHDR_Auto
P_20170506_155630_vHDR_Auto
P_20170506_171330_vHDR_Auto

Ilhams Explore Taman Negara Johor Tanjung Piai – Part 1

Babah beli tiket untuk masuk ke dalam. Ummi ni ingatkan tak kena bayar hahaha. Suka hati je. So total 2 dewasa je yang kena bayar anak-anak semua free. Kos masuk kami RM10 je la.

HARGA TIKET MASUK TAMAN NEGARA JOHOR, TANJUNG PIAI

Warganegara Malaysia
Kanak-kanak (6 tahun ke bawah) – PERCUMA
Pelajar (7-17 tahun) – RM3
Dewasa (18-59 tahun) – RM5
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM3

Bukan Warganegara Malaysia
Kanak-kanak (6 tahun ke bawah) – PERCUMA
Pelajar (7-17 tahun) – RM10
Dewasa (18-59 tahun) – RM20
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM10

**Sila tunjukkan mykad di kaunter tiket.

P_20170506_151124_vHDR_Auto

Ok untuk permulaan, kita masuk ke Laluan A dulu ya.

P_20170506_143859_vHDR_Auto

Penguatkuasa untuk periksa tiket.

P_20170506_143934_vHDR_Auto

Belok ke kanan ni ada satu bilik taklimat. Kalau nak buat event boleh juga di sini.

P_20170506_143953_vHDR_Auto

We are here! Di penghujung benua Asia.

P_20170506_144054_vHDR_Auto

Depan tu pun ada 2 lagi bilik untuk apa-apa majlis. Tapi tak nampak pula info untuk penyewaan ke apa.

P_20170506_144106_BF

Anak-anak tak nak bergambar kat sini Ummi jek lah sesorang.

P_20170506_150850_vHDR_Auto

Gigih kami berjalan ke hujung jeti. Separuh jalan je ada bumbung, separuh lagi tak ada. Nasiblah Ummi bekal topi untuk hero-hero.

P_20170506_144318_vHDR_Auto

“Caring for wetland an answer to climate change”

P_20170506_144409_vHDR_Auto

Ilham membebel Babah dan adik lambat sangat.. dalam membebel tu Ummi ajak bergambar sempat la posing berdua Zara hahaha.

P_20170506_144454_vHDR_Auto

Macamanalah tak lambat, adik banyak bertanya.. “Apa ini bah?” jalan sikit “Apa ini?” Babah kena lah layan adik. Adik teruja sangat tengok banyak ikan tembakul dan anak-anak ketam serta umang-umang.

P_20170506_144458_vHDR_Auto

Ok jeti berbumbung dah tamat. Sila pasrah jalan ke depan tanpa bumbung ekeke. Sayup nak sampai hujung.

P_20170506_144535_vHDR_Auto

Nampak banyak kapal-kapal berlabuh.

P_20170506_144541_vHDR_Auto

Tetiba adik laju ke depan hahaha

P_20170506_144548_BF

Ummi sebagai camerawoman dalam program ni haruslah merakam semua detik-detik enjoy anak-anak sambil berselfie ekeke.

P_20170506_144913_vHDR_Auto

Alhamdulillah dah sampai walaupun badan melengas hahaha.

P_20170506_144925_vHDR_Auto

Laut Selat Melaka.

P_20170506_145227_vHDR_Auto

Depan sana tu Pulau Karimun, Indonesia.

P_20170506_144935_vHDR_Auto

Zoom sikit hahaha.

P_20170506_145009_BF

Sementara tunggu dua orang pelancong lagi tak sampai-sampai, Ummi dan Zara wefie dulu ya.

P_20170506_145029_vHDR_Auto

Nampak tu ha, terkedek-kedek dia dua beranak. Banyak pit stop hahaha.

P_20170506_145144_vHDR_Auto

Adik geram tengok air tu. Asyik tanya mana fish. Fish besar tak ada dik, air surut.

P_20170506_145203_BF

Bagi can lah Ummi dengan Babah wefie.

P_20170506_145213_vHDR_Auto

Budak berdua ni kat side sini duk mencari ikan.

P_20170506_145301_BF

Mata berair abang tak bagi diri kat sebelah tu. Bukan apa bahaya Ummi takut jatuh je.

P_20170506_145512_vHDR_Auto
P_20170506_145526_vHDR_Auto

Tengok anak dara Ummi berposing. Amboiii terjengket kaki kalah model Zara hahaha.

P_20170506_150658_vHDR_Auto

Lepas bergambar kita patah balik semula. Fuhhhhh. Sebelum menamatkan Laluan A, kita singgah ke menara pandang.

P_20170506_150653_vHDR_Auto

Sempatlah ajar anak-anak sikit pasal pokok bakau. Ummi lupa pulak sebutan Abang Ilham. Lain macam sikit bunyi dia sebut bakau hahaha.

P_20170506_150437_vHDR_Auto
P_20170506_150454_BF

Menaranya dah uzur dah ditutup tak boleh naik. Baru Babah ajak kami panjat tangga hahaha. Sudahnya kami patah balik semula sambil tengok anak-anak pokok bakau yang abru ditanam oleh pelbagai company yang buat CSR program di sini.

P_20170506_151003_vHDR_Auto

Singgah kejap tengok peta Tanjung Piai sambil baca info-info pasal haiwan-haiwan yang ada. Lepas tu kami keluar semula dari jeti Laluan A ni dan menuju ke Laluan B. Sambung next entry ya. Semput Ummi susun gambar ekeke.

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Related Posts

7 thoughts on “Ilhams Explore Taman Negara Johor Tanjung Piai – Part 1

  1. assalamualaikum hernee…x pernah sampai sni…selalu pi ke chalet atas laut tu jer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!