Dinner di Boat Noodle @ Teh O Ice 50 Cent Taman Nusantara Gelang Patah

19/04/2017

P_20170415_203255_vHDR_On

Dinner malam Ahad, mana lagi kalau bukan di Boat Noodle @ Teh O Ice 50 Cent Taman Nusantara Gelang Patah. Jangan jemu ya sebab ini memang favourite makan place family kami bila Ummi malas masak hehe. Tapi kali ni kami bawa tetamu nak mencuba tomyam yang sedap di sini.

P_20170415_202624_BF

Kebetulan Mommy Ngah dan Daddy Ngah nak keluar makan, jadi kami ajak sekali ke sini.

P_20170415_202654_vHDR_On

Anda dan anaknya Tita. Sebenarnya Anda ni ada kedai makan di Tanjung Balai, Karimun. Jadi sesuai sangatlah saya bawa dia makan-makan untuk dia improve dalam food business. Ecehhhhh alasana padahal tuan rumah yang mencari tomyam hahaha.

P_20170415_202706_vHDR_On

Budak sebelah Mommy tu entah apa gaya entah. Nak main handphone Mommy sanggup nak bergambar.

P_20170415_202721_BF

Ummi dan budak manis Ummi ni. Tak lepas pakai capt Batman yang Mak Anda belikan untuk dia. Abang pun sama, Ummi pilih superhero yang sama, warna je beza. Sebab nanti kuranglah berebut hahaha.

P_20170415_203130_vHDR_On

Mommy Ngah, Abang Ilham yang tengah main garfu dan Daddy Ngah.

P_20170415_203236_vHDR_On

Ini menu Mommy Ngah, nasi kerabu daging. Sepanjang makan kat sini tak pernah order yang daging, sebab ayam goreng dia sedap sangat hehe.

P_20170415_203436_vHDR_On

Air Ummi.. teh O ais 50 sen je.

P_20170415_203502_vHDR_On

Kerang rebus cicah sos thai yang sedap, Mommy yang order.

P_20170415_203525_vHDR_On

Sangkaya, Daddy Ngah punya. Pertama kali Ummi cuba. Sedap rupanya eh. Lembut gila roti kukus tu. Tak pernah order sebab macam tak match dengan makanan lain haha.\

P_20170415_203605_vHDR_On

Ini nasi kukus ayam berempah untuk hero-hero kecil Ummi. Kuah kari asing sebab kang ada suara-suara comel komplen pedas hahah. Ayam goreng tu memang favourite budak-budak ni.

P_20170415_203655_vHDR_On

Ini air Daddy Ngah, tajuk lupa tapi macam Banana Milkshake kot tak silap hehehe. Eh, Ummi tak makan ke? Macam tipu je hehehe.

P_20170415_204340_vHDR_On

Jeng..jeng..jeng.. Ummi makan Boat Noodle Tomyam. Anda dan Tita makan nasi lauk Prawn in Tomyam semangkuk. Huwaaaaa terseksa nak buat entri ni tau. Sebab terasa kuah tomyam ni lalu kat tekak. Tomyam kat sini guna udang galah biasanya semangkuk tu dalam 4 ekor berbeza saiz. Tak boleh move on lah rasa sedap tomyam tu. Bila Ummi nak handal masak tomyam ni hahaha. Anda pun kata sedap.

Eh, cerita pasal makan, mana Babah Ilhams time ni? Kenapa dia tak join makan?

P_20170416_070733_vHDR_On

Kalau nak tahu dia dan Ulis ke Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos, Larkin. Apa lagi kalau bukan tengok perlawanan bola sepak antara JDT dan PKNS FC. Itulah sebabnya diorang tak join kami.

17884428_1656647257696863_4703419125219990490_n

Ni ha siap jeleskan Ummi tag gambar di facebook. Amboi.. amboi.. amboi.. Ummi memang tak pernah pun ikut Babah ke stadium. Lebih rela tinggal kat rumah dengan anak-anak. Nanti kang adik sibuk nak ngempeng dah reramai orang kat situ hahaha. Baik kita duduk rumah je. Abang Ilham pernah join sekali, tapi tertidur masa game tengah on. Bila terjaga dia kata orang tak main bola pun hahaha. Oh ya, Babah ada cerita misteri nusantara on the way balik dari stadium. Nantilah kalau dia free Ummi paksa share cerita kat blog hehe.

Lepas makan-makan, kami pun beransur nak balik. Tapi abang ajak Ummi ronda bandar nak tengok lampu. Aduiii layankan jugalah. Sebelum terlupa thanks Daddy Ngah belanja makan. Ummi nak bayar tapi Daddy Ngah dah bayar dulu. Itu rezeki namanya ngeh3,

Antara review saya untuk Boat Noodle @ Teh O Ice 50 Cent Taman Nusantara Gelang Patah

Share this nice post:

8 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: