Solid Foods For Baby | Bubur Oat + Kiwi + Pisang + Kismis + Kurma

Dari Dapur Hernee Nazir Foods for Baby Solid Food for Baby

ummi ilhams yang masih lagi bereksperimen dengan menu2 untuk hero paling kecil. sebelum ni pernah buat oat + kiwi + kismis. budak cenonit tu laju je telan walau ada macam geli2 gitu. semalam ummi buat lagi.. repeat menu sama cuma tambahan pisang dan kurma.

20151029_081144

ini dia bubur oat + kiwi + pisang + kismis + kurma untuk menu bekalan syamil ke rumah opah. selagi ada bahan dalam bubur, semua nak lebur jadi tajuk hahaha.

20151028_205404

Resepi bubur oat + kiwi + pisang + kismis + kurma

bahan2:

segenggam oat
1 biji pisang
1 biji buah kiwi
11 biji kismis
1 biji kurma
air secukupnya

cara2nya:

masukkan segenggam oat ke dalam periuk. potongkan pisang dan buah kiwi seperti gambar di atas (potong kecil). masukkan kurma dan kismis dan air secukupnya. jerang hingga mendidih. bila dah masak sejukkan seketika dan blend. dah siap! dapatlah bekalan 3 mangkuk ikea tu untuk stok khamis hingga sabtu.

selamat mencuba!

Smile

Related Posts

5 thoughts on “Solid Foods For Baby | Bubur Oat + Kiwi + Pisang + Kismis + Kurma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!