Majlis Kenduri Aqiqah Ilham Syamil Dan Majlis Hari Lahir Ilham Syahmi Yang Ke 4 Tahun

alhamdulillah setelah berkali2 postponed, akhirnya terlaksana juga majlis kenduri aqiqah untuk muhammad ilham syamil. plan dari asal memang nak selitkan majlis potong kek untuk abang ilham. saja nak meraikan dia sempena birthday yang dah lepas 2 bulan hehehe.

persiapan nak membuat kenduri biasa2 je. almaklumlah sejak arwah mak tak ada memang kami pandai2 sendirilah berdikari nak buat apa2 majlis kenduri biasa mahupun kenduri kahwin adik2 dengan bantuan saudara mara dan jiran tetangga.

GAS_1404

GAS_1405

GAS_1406

pengalaman mengadakan majlis aqiqah untuk anak2 kali kedua. seperti sedia maklum untuk anak lelaki di aqiqahkan dengan 2 ekor kambing. kali ni saya mendapatkan khidmat dari Aqiqah Berendoi JB (FB). dua ekor kambing aqiqah tu kami upah masak dengan orang lain dan tambahan seekor kambing golek yang nenek farah sponsor untuk majlis ni. andai berminat boleh jengah FB ownernya Puan Liyana geng susu ibu johor. boleh whatsapp atau call 019-7433358 untuk pertanyaan atau tempahan. memang recommended! sedap sangat kambing golek ni. terasa sangat cukup rempah ratus, dihidangkan dengan coleslaw dan sos black pepper.

10689657_507487129393349_8200717006404074482_n

doorgift saya beli surah yasin dan terjemahan beserta kotak RM1.20 di Doorgift Yassin Harga Borong boleh whatsapp untuk order ke 017-345 8415.

untuk menu sepanjang majlis saya tempah dari katering jiran. menunya nasi jagung, ayam masak merah, kambing masak merah manis2, acar dan pajeri nenas. ehhhh lapar dan teringat2 pula rasa yang sedap tu. air minuman saya order dari jiran belakang rumah semestinya, air asam boi dan teh bunga. alhamdulillah kuih muih sampingan pemberian saudara mara, jiran dan kawan memang sangat2 meriah. thanks semua.

majlis bermula dalam jam 2pm selepas solat zohor. kami jemput saudara mara jiran sejalan, kawan2 rapat dan kawan2 office. maaflah ye andai ada terlepas pandang. nanti majlis sambut menantu saya jemput hehe.

antara yang hadir..

GAS_1416 - Copy

family babah ilham.. atok tipah, mak long and family, mak tam, acu dan uda.

GAS_1412 - Copy

GAS_1413

alhamdulillah ramai juga datang memeriahkan majlis yang penting dapat kami sedekahkan makanan yang ada untuk tetamu yang datang.

GAS_1419 - Copy

abang botak tidur jek ikut ummi ke hulu ke hilir melayan tetamu. macam yang lepas, kami memang tak buat majlis cukur jambul whatsoever. rambut anak2 babah dia yang cukurkan sendiri satu kepala, timbang dan nilaikan dengan emas untuk disedekahkan. abang botak tu baru je dicukur kali ketiga. majlis kenduri kami hanya majlis doa selamat dan kesyukuran tak ada program potong jambul sejemput tu hehe itu semua adat orang melayu tak ikut pun tak apa.

GAS_1420 - Copy

datang juga makcik ni dengan family.. thanks husna..

GAS_1410 - Copy

ni nak fokus pada owner by nanie’s kitchen si pembuat kek yang comel2 termasuklah kek ilham pada hari majlis. kalau nak mencuba air tangan puan nanie, boleh contact beliau di 017-734 5023. gerenti puas hati dengan rasa kek yang sedap dan deko yang kiut miut. tak percaya? jom tengok kek pocoyo & friends untuk ilham.

GAS_1402

taraaaaaaaa.. skodeng dari atas dalam kotak. macam nak nangis tengok kecomelannya. ummi yang excited lebih sampai rasa sayangnyaaaaaaaaaa nak potong. boleh gitu? hehe.

20150926_151939(0)

abang ilham excited tengok pocoyo kegemaran dia.

20150926_151951

tu mulut muncung sambil bebel.. “kedukut jek ummi” hahaha. dia marah sebab saya tak bagi dia kacau kek tu. lepas tu dia sibuk nak buka hadiah depan2 orang ramai hehe.

GAS_1435

GAS_1437

hailahhhhh comel yang amat. tak dapat order dengan kak azlita masam manis. order dengan nanie pun dah cukup puas hati.

20150926_151717

20150926_151920

geram jek ilham tengok kek dia tu tau. sudahnya, marilah kita potong bersama.

GAS_1424

bergambar kenangan dengan opah yang dah nak balik. eh opah tertidur pulak hehe.

GAS_1425

cubaan kedua, hehehe abang ilham masih mendengki adik.cissss.

GAS_1441

gambar kami yang tak complete, tok ayah, daddy ngah, papa cu dan babah tak ada.

GAS_1444

out small family.. yang tengah tu pocoyo versi berbaju melayu hehe.

GAS_1446

GAS_1447

muka macam tak puas hati je tu.

GAS_1448

bila kawan2 nyanyikan lagu “happy birthday to you” dia buat muka malu2 hehe. lepas potong kek, ummi serahkan pada mama cu untuk handle pengagihan kek. nak tahu tak? pocoyo and friends tu masih ada lagi tersimpan dalam peti sejuk. tuan punya pocoyo tak bagi kacau. tiap2 hari jengah pocoyo dia sihat tak hehe.

GAS_1468

ini ekien, dari teeny tiny kitchen pembuat brownies, cream puff dan kek batik dalam entri saya yang lepas. hari majlis tu saya order cream puff, sempat jamah seketul, babah ilham komplen tak sempat rasa sudahnya repeat order after majlis. nak mencuba air tangan ekien boleh contact beliau di 012-7266760.

GAS_1430

family babah masih syok menjamu selera.

GAS_1432

si handsome aamir, anak saudara papa cu.

GAS_1476

mommy ngah dan daddy ngah busy tak menang tangan melayan permintaan tetamu yang nak merasa mommy rich ice blended. insha Allah mommy ngah akan mula beroperasi di kawasan gelang patah tak lama lagi.

GAS_1426

haaaaaa beratur panjang pemina ice blended.

GAS_1427

ada drama tu. apalah mak wee buat tu.

GAS_1469

adik syamil yang tak banyak ragam. nangis bila lapar dan mengantuk.

GAS_1478

GAS_1480

GAS_1482

togel akhirnya kepanasan.

GAS_1472

GAS_1473

geng kelab sokongan penyusuan susu ibu johor bahru (KSPSIJB) yang hadir awal.. kak linda, salwa dan kak jeni. oppsssss ada terselit muka opismet ummi, yap dan wan hehe.

20150926_151005

bff ummi zaman sekolah, geng mak2 budak.. ibu idah yang tak sempat makan.

20150926_160128

geng mak2 budak lagi.. mama mie dan askar2nya.

GAS_1428

mama dida and family..

GAS_1489

ummi dan syamil bergambar dengan peminat hehehe. mommy long, mama mie dan mama tam serta anak2.

GAS_1491

kak leen geng susu ibu pun datang all the way from pasir gudang.

GAS_1493

GAS_1494

GAS_1502

orang jauh dari shah alam.. thanks tam, andak and family. dapat juga jumpa anak bujang yang handsome tu. mak mon dan pak zali pun datang. sempat berjejak kasih dengan anak beranak kami dan jiran2 lama. maklumlah lama tak jumpa sejak family diorang pindah.

GAS_1496

bariah dan syed tetamu hujung2 padahal depan rumah je hehehe.

GAS_1497

ok ini bukan tetamu hehe.

GAS_1505

sebelum diorang balik sempat bergambar beramai2.

GAS_1506

 

GAS_1508

 

GAS_1511

hajat hati nak hantar tetamu balik, baru separuh jalan tetamu dah naik kereta hehehe.

20150926_185125

kak haya and family antara tetamu kedua terakhir yang datang.

20150926_185116

ni betul2 tetamu terakhir kak leen dan encik hairil.

20150926_185104

majlis tamat kami bergotong royong mengemas. eh kami pulak. saya banyak curi tulang, maklumlah orang beranak kecil. eh best betul alasan ada anak kecil ni kan hahaha. taklah sebenarnya petang tu kami masih melayan tetamu2 akhir. jadi masa dorang basuh periuk semua ni tak dapatlah nak tolong. thanks ayah, bonda farah, adik2 semua yang membantu. nanti saya belanja steamboat hehe.

untuk semua yang hadir (saudara mara/ kawan2/ jiran2), terima kasih atas kesudian semua ke majlis kenduri aqiqah dan majlis hari lahir anak2 saya. minta hala apa yang terkurang ye. semoga ukhuwah yang terjalin akan sentiasa dirahmati. tunggu next baby, saya jamu kambing lagi hehehehe.

alhamdulillah settle entri yang terperap 3 minggu hehehe. cuti weekend kalau rajin keluarlah entri birthday tok ayah. insha Allah (kalau ummi ilham rajin nak on PC) ngeh3.

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *