Solid Foods For Baby | Resepi Puree Avocado

Dari Dapur Hernee Nazir Homemade Solid Foods My Hero Kechik - Ilham Syamil Solid Food for Baby

hari ni hari pertama percubaan puree avocado.
oleh kerana syamil macam sembelit semalam, jadi ummi pesan kat opah bagi sekali je makan.
dan puree avocado pun ummi buat cair2 je.
semalam ummi tolong syamil keluarkan poopoo yang keras tu.
apa ummi buat, ummi sapu perut syamil dengan minyak herbanika nona roguy.
alhamdulillah pagi ni keluar harta karun tu. hehehehe.
ok dah melalut nak cerita pasal puree avocado kan.

Puree Avocado

1) 1 biji buah avocado
2) air masak secukupnya

Cara penyediaan: (step by step)

20150811_071259


1) sebiji avocado dibelah dua dan kukuskan selama lebih kurang 10 minit.

20150811_072300

2) bila dah siap kukus, keluarkan isinya.

20150811_072621

3) tambah air dan blend sehingga betul2 hancur.

20150811_072800

4) bila dah hancur, silalah masukkan ke bekas yang sesuai. untuk sebiji avocado ni saya dapat 3 bekas baby bullet ni.

20150811_073357

taraaaaa.. ready untuk dimasukkan ke dalam beg untuk bekal ke rumah opah.
tunggu feedback dari opah sama ada syamil suka ke tak avocado.
dulu abang ilham macam tak berapa suka sangat.
wokeh semoga entry ni bermanfaat Smile

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!