Syamil’s First Solid Food

Dari Dapur Hernee Nazir Foods for Baby My Breastfeeding Journey My Hero Kechik - Ilham Syamil Solid Food for Baby

semalam ummi dengan gigihnya menyediakan puree apple untuk syamil.
resepi puree apple next entry ye. asing2 senang nak refer.

tengahari puree nya dah siap tapi memandangkan tuan punya badan syok tidur.
ummi terpaksa postponed sesi makan ke petang.
tak sampai hati nak kejutkan dia bangun tidur kan hehehe.

kalau dulu abang ilham start solid food dengan “puree pisang”
boleh refer entry 4 tahun lepas.. “ilham’s first solid food” ada juga resepi puree pisang sekali.
syamil ummi start dengan puree apple.
semalam buat sebiji je dulu, dapatlah 2 bekas.

20150801_170355

sebekas puree apple ummi siap2 masukkan dalam dispensing spoon.
assistant tak diundang bukan main excited bila ummi kata nak suap adik makan.
dan2 dia pun nak makan apple katanya.

20150801_170518

ok, testing 1 2 3.. ok keluar dah pureenya.. sila fokus kepada background picture belakang tu. sungguh surprise gaya muka tuan punya badan yang baru nak belajar makan.

”apalah ummi saya buat tu agaknya..betul ke saya dah nak start makan ni?”

20150801_170527

jom baca doa sebelum makan.

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar”

abaikan tuala tu ye.. ummi malas nak naik atas ambil bip.
mula2 puree apple cecah mulut dia, muka dah berkerut habis sambil mata tenung ummi.

”ummi suap saya makan apa ni?.. ya Allah selamatkan perut saya”

20150801_170536

suap jek puree apple terus dia nak uwek2. hahaha.
kelakar ummi tengok muka adik masa ni tau.
jangan risau dik, ummi dah rasa dulu sebelum ummi masukkan dalam mulut adik.
insya Allah sedap dan selamat.

20150801_170605

nampak.. siap termenung sambil menelan puree.
hidung cover sikit dik, jangan nak kembang sangat hahahha.
ke adik sindir ummi hidung kembang ni hehe.

20150801_170809

senyum lepas telan. hahaha.

”hmmm.. sedap juga ek puree apple ni”

20150801_171714

bila tengok ummi nak suap lagi terus buat muka pelik sekali lagi.

”aduhhhaiii saya ingat dah habis dah tadi.. ada lagi ke?”

20150801_172416

terus muka rebeh, nak telan ke nak nangis ni ek.
muka sengsara jek hahaaha.

20150801_172448

“ummi.. banyak lagi ke?”

20150801_172526

“akhirnya saya berjaya juga menghabiskan puree apple buatan ummi.. esok ummi kata puree apple lagi.. sampailah 4 hari.. harap2 saya tak jemu hehehe”

hehehehe muka memang penuh pengharapan.
alhamdulillah habis juga puree apple semalam.
lama2 dia ok je, siap jilat2 bibir lagi kan.

bila dah habis makan abanglah yang riuh.

”good boy la syamil.. pandainya syamil makan.. tititikasyih ummi bagi syamil apple”

ehhh tak sangka adik syamil ada lantik juru cakap. hahaha.

20150801_174603

sambil suap syamil ummi pun isi perut juga.
sambil mengunyah brownies mommy DaSy yang sedap ni dapat dari goodies bag.
uolls yang nak mencuba boleh ke FB dasymaju atau IG dasymaju_rich.
dijamin sedappppp dappp dappp.
eh ni cerita anak yang makan ke mak yang makan ni hahaha.

oklah, nak bagi syamil makan puree apple untuk hari kedua.
next menu nanti ummi share lagi.

till then, babai! 😉

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!