alhamdulillah diizinkan Allah untuk bernafas lagi.
thanks Allah atas nikmat hidup yang sementara ni.
thanks babah, ilham syahmi dan ilham syamil, pelengkap hidup ummi.
tak dilupakan ilham syakir yang sedang berbahagia disisi Sang Pencipta.
hari jumaat babah ajak makan luar celebrate birthday ummi in advance katanya.
pucuk dicita ulam mendatang. balik kerja tak payah masak ngeh3.
sebab siang sabtu babah kerja, nanti balik takut tak sempat nak keluar makan.
babah tanya nak makan apa?
hmmmmm.. pilihan paling senang lagi mudah, bersteamboat di Johhny’s la kita.
lagi pun ilham suka sangat pergi “johnny2 yes papa” kata dia.
lepas maghrib berdezup 4 beranak.
babah dan ilham yang khusyuk nak makan.
ummi dan adik syamil dalam dakapan. thanks adik bagi kerjasam ummi nak makan.
“ummi saya dengan babah belikan ummi kek”
”belikan kek apa?”
”itu haaaa”
dalam hati dah agak konfem chocolate indulgence.
bila bukak memang betul.
”alaaaaa.. ummi nak durian cheese cake” :p
ok birthday girl demand.. sila jangan layan.
lepas makan2 kami ke daiso.
tempat mesti pergi. hehehe.
ummi cari aksesori bento, babah layan ilham cari puzzle.
sebelum balik singgah al-ikhsan itu pun sebab budak kecil ni cakap.
”babah.. jom kita pergi sini”
ewahhh pandai demand sekarang.
sudahnya dia, yang bukan birthday boy dapat sandal.
cisssss.. ini sudah lebih. hehe.
janji bahagia la nak.
malam esoknya 16/5.
kenduri tahlil dan doa selamat di rumah mokde.
dorang belikan kek sekali untuk saya.
thanks semua.. sayang semua.
ini kek untuk kak long kawasan desa paya mengkuang hahaha.
ini rupa kak long kawasan itu.
adoiiii pipi dah mok2.
suka gambar kat bawah ni.
i’m blessed! 😉
our small and alhamdulillah happy family.
abang ilham tu memainkan.
jelir2 lidah pulak dia.
ummi babah beriya tengok kamera.
last birthday celebration.
malam tadi, tok ayah belanja makan kat restoran terapung, pendas.
makanan tak sempat snap sebab lapar sangat.
alhamdulillah terlebih2 kenyang.
thanks tok ayah, nenek.
mama cu sesorang papa cu jaga kedai.
mami ngah dan dedi ngah dah balik BP.
acu nuar join sekali.
ok siapa2 lagi nak belanja birthday girl, sila book time ye.
offer valid sampai end of may. hahaha.
alhamdulillah..
semoga Allah merahmati keluarga kesayangan saya.
rindu mak yang melahirkan, semoga mak tenang di sana.