alhamdulillah, pregnant kali ni saya tak mengalami kejang kaki atau simpul biawak mahu pun bengkak kaki macam masa mengandungkan ilham syahmi dulu. masa pregnantkan ilham syakir pun alhamdulillah sangat2 kurang masalah2 di atas.
masa pregnantkan ilham dulu memang keraplah kena simpul biawak malam2. time2 tengah tidur pulak tu kan. sampai babah ilham terkejut beruk tetiba tengah malam ummi menjerit kaki kejang. kui3. masa tu startlah sapu minyak panas segala bagai. standby minyak abu dakam kat tepi katil. sebelum tidur pakai stokin, alas kaki dengan bantal. dekat office pulak siap standby kotak A4 paper yang dah tak guna, letak bawah meja buat alas kaki dengan harapan kaki tak membengkak. tapi tetap bengkak juga.
jadi sejak pregnant syakir saya ikhtiarkan untuk lebih konsisten dengan pengambilan ostematrix/ kalsium dan herbal blend. alhamdulillah serasi dan mujarab.
inilah ikhtiar saya:
pengambilan 4 biji ostematrix sebelum tidur setiap malam. bukan saja mengurangkan kejang kaki, juga menghilangkan rasa sengal2 badan. almaklumlah makin hari kandungan makin sarat. silap posisi berdiri, duduk dan tidur meranalah badan hehe.
seterusnya,
saya dapatkan khidmat 2 hero saya untuk sapukan herbal blend pada kaki dan bahagian belakang. selalunya hero beso memang volunteer la tolong urutkan kaki dan lumurkan herbal blend. hero kecik sorang tu ikut mood. kadang2 datang rajin dia sendiri nak urut kaki ummi. datang mood dia tak baik, dia suruh ummi sapu ubat sendiri haha. herbal blend ni memang serasilah dengan kami anak beranak. kalau ada ruam2 ke gatal2 nyamuk ke memang sapu herbal blend jek. alhamdulillah mujarab. ni memang saya dah standby siap2 letak dalam beg untuk ke hospital senang prepare awal2kan.
bila terbayangkan kena simpul biawak tu.. adoiiii.. sakit kan. nasib baiklah 2 produk ni membantu. tak adalah merana ummi ilham memalam harikan. hehe.
uolls ada petua lain ke untuk elak kejang kaki/ simpul biawak dan bengkak kaki sepanjang hamil? kalau ada meh share dengan saya 🙂
babai!