Breastfeeding | Tahukah Kita?

Info Sharing Info Susu Ibu Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor (MBfPC) My Breastfeeding Journey

hari ni nak share info dari buku “Anak Hebat Dengan Susu Ibu”

poster cincai ni saya buat sendiri jek dah lama dah.

pernah post kat FB.

saja nak “spread the love of breastfeeding”Winking smile

siapa2 yang nak guna poster ni dipersilakan.

Slide1

Sebenarnya bayi adalah guru menyusu yang paling dekat dengan kita. Allah menganugerahkan bayi dengan kebolehan membuka mulut dan menghisap payudara ibu.

ye betul, memang diakui.

jangan pernah terfikir yang bayi yang baru lahir tidak pandai menyusu.

don’t underestimate your baby!

ingat.. ibu mestilah sentiasa berfikiran POSITIF dalam apa jua keadaan.

Allah bantu kita insyaAllah.

Slide2

Ramai wanita bekerja sudah membuktikan yang mereka berjaya meneruskan Penyusuan Susu Ibu (PSI) tanpa meninggalkan bidang pekerjaan mereka. Ia mungkin tidak mudah, tetapi tidak mustahil.

alhamdulillah walaupun bekerjaya Allah permudahkan urusan saya dan rakan2 lain dalam penyusuan susu ibu.

siapa kata ibu bekerjaya tak mampu susukan anak sendiri?

nak seribu daya tak nak seribu dalih. (kecuali ibu2 yang ada masalah kesihatan ye)

yang penting ibu perlu berilmu, bila ada ilmu yang cukup semuanya jadi mudah.

memang akan berhadapan dengan macam2 dugaan.

tapi bila kita kuatkan semangat demi anak tercinta, rasanya halangan tu jadi sebesar kuman je.

NIAT tu yang utama!

 

logo mbfpc

I AM YOUR BREASTFEEDING PEER COUNSELOR

Hubungi saya, Hernee Samshudin sekiranya ibu2 ada masalah penyusuan susu ibu.

SMS/ Whatsapp: 012-7669877

Email: hernee.nazir@gmail .com

saya sedia membantu!

HAPPY BREASTFEEDING MOMMIES!!

Red lips

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!