day 3
tetiba pagi raasa sayu pula bila memikirkan ini last day.
rasa tak puas berkongsi cerita menyusu dengan PCPA dan rakan2 seperjuangan.
hari terakhir, topiknya pun sangat menarik.
muka mak2 memang tekun habis.
bersedia menyerap dan menghadam ilmu
group work pertama.
tajuk2 untuk setiap kumpulan.
Group 1 – Before delivery and also for breastfeeding
apa persediaan ibu/ bakal ibu patut lakukan sebelum melahirkan dan menyusukan
peserta kena conduct satu SUpport Group Meeting (SGM) bincangkan tajuk di atas.
haaa penting sangat2 ilmu ni kan. NIAT yang utama. niat untuk menyusukan bayi insya Allah Allah permudahkan.
mind setting. sentiasa perfikiran positif. yakin yang susu kita Allah jadikan cukup untuk anak. rasanya kalau mind setting saya dan semangat saya tak kuat, saya pun kecundang di tengah jalan.
sokongan. ini pun tersangatlah penting. sokongandari suami dan keluarga serta kawan2. pada saya tunggak utama suami. semangat lain macam kalau apa yang kita buat suami bagi sokongan. lagi2 lah bab anak2 kan.
ilmu. galilah ilmu sebanyak mungkin. tak rugi. serius tak rugi. boleh guna untuk diri sendiri dan juga bantu orang lain. bila kita berjaya menyusukan anak automatik kita nak orang lain pun brjaya macam kita. betul tak?
Group 2 – To make breastfeeding work in the first 2 weeks
group ni pula terima call dari ibu yang bermasalah untuk menyusukan anak di awal kelahiran. mencabarkan? ye memang mencabar untuk kita bantu ibu2 ni. kena educate betul2 supaya si ibu rasa tak mudah mengalah and the group did it well
Group 3 – Before returning to work
kami dapat task konon2nya sedang bertugas di salah satu “Breastfeeding Support Centre”. datang pula seorang ibu bekerjaya yang perlukan maklumat untuk persediaan dia outstation ke luar negara. wow! mecabarkan. banyak perlu prepare tu.
group kami siap2 prepare persediaan awal ibu sebelum mula bekerja. sekali situasi yang kami dapat ada lain sikit. nasib baik da ilmu2 sampingan sebelum ni dapat juga la bergilir2 menjawab persoalan ibu bermasalah tu hehehe.
untuk details nanti saya share dalam entry lain ye.
next group work.
ni pun sangat best ilmunya. bagaimana cara kita nak memberi sokongan kepada ibu yang bayinya pramatang, cleft baby, HIV mom, relactation and induced lactation mom.
group saya, dapat tajuk “how to support relactation and induced lactation mom’” presented bay Puan Khadijah Gani, founder Kad Imbas Khadijah yang disukai ilham
antara alternatif untuk relactation dan induced lactation ialah dengan pengambilan pil, suntikan dan penggunaan Supplementary Nursing System (SNS).
penggunaan Supplementary Nursing System (SNS) yang mana fungsinya meransang badan dan otak si ibu untuk menghasilkan susu.
apa pun si ibu haruslah istiqomah untuk stimulate the breast dengan bantuan bayi, memerah menggunakan tangan dan juga pam.
group ni pula dapat tajuk, how to support HIV mom. presenternya puan shira, ibu beranaka dua yang ada pengalaman menyusukan anak HIV. proud of you shira! semoga mendapat pahala yang berpanjangan.
group ni pula dapat tajuk, how to support mom with jaundice baby. fuhhh lagi sarat ilmu.sebab banyak sangat mitos2 kita dengar untuk kurangkan jaundice. padahal ubat jaundice paling mujarab hanyalah SUSU IBU.
ini bantuan menyusu untuk cleft baby. dengan menyusukan bayi secara duduk dan memastikan si ibu menyokong payudara dan rahang bayi. posisi tegak boleh mengelakkan bayi dari tersedak.
ini bantuan dari segi posisi penyusuan dan pelekapan Dancer Hand Position. ada juga bantuan dengan menggunakan “special bottle”.
perkongsian dar seorang ibu yang berpengalaman dalam “induced lactation”. sangat2 kagum dengan usaha beliau. tahniah sahabat! hugs!
next, open discussion on post training activities sebelum buat post test yang menguji minda hehehe. sebelum tu, jangan lupa submit “Future Plan as a Peer Counselor”
hari pertama tak bawa kusyen, hari kedua bawa satu, hari ketiga tambah lagi satu.
sukup seminggu training katil tilam bantal, selimut semua ummi ilham angkut
demi keselesaan ummi dan baby sepanjang menuntut ilmu.
ni sesi menyentap tangkai hati namanya.
tali ukhuwah antara kami.
tali ni yang menghubungkan niat suci kami semua dengan satu misi yang sama.
perjuangan memartabatkan susu ibu di mata dunia.
bila2 setiap seorang meluahkan perasaan masing2, air mata saya semakin lama semakin banyak menakung air.
semoga urusan kita semua membantu ibu2 lain diberkati Allah. mudah2an saya berjaya menyusukan baby yang bakal lahir 3 bulan lagi ni sepertimana saya dapat menyusukan abangnya ilham syahmi selama 2 tahun 11 bulan. sesuatu yang diluar jangkaan saya. alhamdulillah. saya yakin ibu2 lain juga boleh!
ada surpriseeeeeeeeee.. breast model ummi ilham menarik perhatian juri lah hehehe. lagi satu breast mode kak tie. tahniah kak tie. thanks kak wana bagi idea
ni hadiahnya, shawl by vsnow dan bekas tupperware. thanks penyumbang.
alhamdulillah. selamat dan tamat sudah MBfPC Training Program Southern Region 2014. daha dapat sijil yeay!
sesi pemberian cenderahati oleh Pengerusi Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor, Puan Noorul Syahadah kepada Peer Counselor Program Administrator, MBfPC.
thanks Kak Kam..
thanks Dr. Nadrah..
thanks Dr. Ning
thanks AJK yang menjayakan program ni.. uolls memang ibu hebat!
jom bergambar dengan AJK dan PCPA.
untuk PCPA yang hebat.. Kak Kam, Dr. Nad dan Dr. Ning. thanks atas segala ilmu yang dicurahkan. thanks kerana sudi meluangkan masa untuk membantu kami semua. pengorbanan ibu2 meninggalkan suami dan anak2 selama 3 hari sangat2 kami hargai. uolls memang awesome!
sempat juga bergambar dengan adik shira.. ecehhhh.
mommy zara ibu kepada anak susuan saya. semoga Allah pelihara hubungan kekeluargaan kami. semoga Allah permudahkan urusan kami sepanjang kehamilan anak2 syurga dalam perut tu.
alhamdulillah. tercapai cita2 ummi ilham nak jadi Breastfeeding Peer Counselor. permudahkan urusan kami ya Allah.
ni khas untuk babah dan ilham yang menjadi penguat semangat ummi untuk meneruskan perjuangan susu ibu. ummi loves both of you!
untuk ibu2 diluar sana.
jangan malu2 jangan segan2. sekiranya anda perlukan bantuan. boleh hubungi saya.
Hernee Samshudin – kawasan Gelang Patah, Nusajaya.
Contact No: 012-7669877 / 014-6106331
kawan2 saya juga boleh bantu anda!
untuk maklumat lanjut mengenai Malaysian Breasffeeding Peer Counselor
untuk maklumat lanjut mengenai Senarai Nama Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) di seluruh Malaysia
untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan mendaftar sebagai ahli Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru
last but not least,
3 Tips for Breastfeeding success:
- Breastfeeding EARLY & OFTEN
- Nurse at the breast & not to the nipple (positioning and latch)
- Watch the baby, NOT the clock