cabaran blogging day 19 – kenangan zaman kanak-kanak
ohhhhh sedih pulak bila teringat zaman kanak-kanak.. sedih teringat susah payah hidup..
saya lahir dan membesar di kampung tanjung kupang, gelang patah, johor.. tinggal sama dengan tok abah, tok mok dan makcik2 pakcik2.. beberapa hari sebelum nak buat entry ni.. saya kumbah album lama nak cari gambar2 time kecil..hehehe..
kecil2 cakap pelat.. arwah mak kata saya bahasakan diri saya “yea” hehehe.. entah mana datang nama tu kan..
ni masa saya kecil..didukung oleh arwah mak.. alahai sedihnya.. sebelah kanan tu mak andak, mak anjang, makcu yang terselit tu.. ni kawasan depan rumah..
ni saya didukung oleh pok teh saya.. belakang teksi arwah tok abah.. masa ni tak tahulah berapa bulan umur.. ke dah setahun kot.. pok teh pun rasanya baru sekolah rendah lagi..
ni dah besar sikit.. kan main senyum menyingai depan tv kan..hehehe.. tak pasti ada rupa ilham ke tak..hehehe.. yang penting saya paling tak suka kalau mak pakaikan dress gambar duck ni.. sebab dia punya label kat belakang tu buat rasa tak selesa dan gatal.. hehehe
ni gambar dengan arwah mak.. tak silapnya kata mak masa ni pergi berjalan ke rumah sedara.. saya tengah makan mamee.. hehehe..
ni depan rumah lama.. rumah panggung kata orang2 lama.. sebelah kiri atas makcik, mak izah, kanan saya tu mak sal, dan sorang lagi tu saya lah.. kawan2 sepermainan..
alahaiiii sedih betul tengok gambar2 lama ni kan.. tak boleh nak post semua.. koreng2 rupa dari kecik.. ngeh3.. bestkan zaman kanak2.. macam2 jenis permainan kita cuba.. tak macam budak2 sekarang ni.. mainan kurang mencabar balik2 menghadap gadget..
bila fikir2 seronok jadi budak kecik sampai rasa tak payah besar pun tak apa.. hehehe.. cuti sekolah main belon acah.. main perang2.. main rounders.. main pondok2.. main batu seremban.. main getah.. hehehe.. seronok2..
kitorang main sukan2.. siap ada team masing2 dan ada cikgu masing2.. main hoki, kayu hoki buat sendiri guna dahan pokok.. makcu jadi cikgu team saya dan sepupu sepapat.. pak yus, sepupu ayah jadi cikgu team adik beradik dia dan sepupu2.. konon lawan sukan antara sekolah2.. team kami sediakan hadiah jajan team pak yus ngelat bagi hadiah sponge.. hehehe kelakar bila ingat2 balik zaman hingusan..
time hujan lebat kalau mak bagi kebenaran dapatlah main hujan.. mandi kat parit.. main lopak.. alahai syok betul..
masa darjah 6.. aktiviti best saya dan bff.. sauk ikan seluang kat tali air belakang sekolah.. lepas tu balik rumah mintak mak botol nescafe ke botol apa2 yang kaca bela ikan dalam botol tu.. hehehe
kenangan mengusik jiwa
sekarang, tapak kawasan rumah lama kami dah bertukar dan bakal dibangunkan.. sejak pengambilan tanah oleh PTP, kami dah lama berpindah ke kawasan perumahan desa paya mengkuang.. sejak 2004..
kawasan ni betul2 kena pada tapak rumah kami.. hai lah.. sedih hanya tinggal sejarah kenangan tapak rumah no 18. kg. tg. kupang..
ni semua kawasan permainan kami dengan geng2 anak2 polis.. kini bakal dibangunkan menjadi “forest city” apa nak buat..
zaman kanak2 yang hanya akan jadi kenangan yang tak mungkin dilupakan.. nasib baik rumah mertua saya masih lagi berlatar belakangkan kawasan kampung.. jadi kalau balik kampung, babah akan bawa ilham ronda kawasan keliling rumah atok tipah.. bagi ilham celik sikit dengan aktiviti orang2 kampung.. walaupun sekarang ni pun masih duduk kawasan kampung lagi, tapi nak merasa nikmat kekampungan tu susah sikit la.. tak sama masa zaman ummi dulu..
oklah, banyak lagi nak cerita.. tapi ada tugasan menanti.. petang raya kata koooo.. malam ni kami nak buat bbq
“ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiadha”
untuk semua readers herneenazir.com
salam aidiladha,
Ummi, Babah, Ilham & Adik Baby