Menjamu Selera Petang Semalam :)

Semalam petang kononnya plan nak cari pisang goreng macam dalam entri ni, tapi sayang seribu kali sayang, semua warung2 tutup. Terus rasa kuciwa hehehe. Dalam pada tu fikir2 apa nak makan petang2 tu ek.
Singgah kedai sekejap, capai roti, baked beans, mayonis dan cream of chicken. Balik rumah teruslah ke dapur buat apa yang patut.

 Roti cicah baked beans
**Bawang besar (potong dadu) & bawang putih (cincang halus) ditumis sehingga naik bau dan masukkan setin baked beans. Selalunya saya goreng telur dan sausage, tapi semalam rasa banyak sangat pula yang ada pun tak terhabis.

Ayam goreng cicah sos dan mayonis

**2 ketul kepak ayam dan 2 ketul peha ayam saya lumurkan dengan garam kunyit je. Tak sempat nak peram dengan segala macam bahan2 yang menyedapkan tu hehehe.

 Kimball cream of chicken..

**Saya beli yang dalam kotak, senang je panaskan air terus lebur hehehe. Hajat hati nak cream of mushroom tapi tak ada stok pula. Hentam sajalah janji kenyang.
Ini saja menu minum petang seorang diri saya semalam sementara menunggu kepulangan En. Nazir dari wedding photoshoot kat Segamat. Alhamdulillah kenyang 🙂

©Hernee Nazir – Selamat bercuti untuk warga Johor sempena Awal Muharram 1432H.. Yahooooo..boleh lepak2 kat rumah.. heaven! 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!