Suami: A’ah ek.. bila ek tarikhnya? 25 hari bulan kan?
Suami: Ye la, 25hb 10.. majlis rumah awak..
Isteri: Sampai hati ek, boleh tak ingat tarikh nikah.. baru 2 tahun ni..
Suami: Ye betul.. 22hb 11 majlis rumah abang.. aeh 18 kot.. aeh 25hb la abang ingat.. memang 25hb..
Isteri: Betullah sangat.. majlis bersanding tu 26hb cik abang oiii.. (sambil mata tenung muka si suami yang tersipu2 malu sebab tak dapat nak ingat tarikh)
Suami: O ye ke.. hehehehe.. betullah tu.. yang abang ingat memang bulan 10..
Isteri: Ye le.. bulan 10 tu bila? (dengki betul..nak juga suruh dia ingat..kuikuikui)
Suami: Alah tak apalah bila2 pun.. YANG PENTING KITA TAU YANG KITA DAH NIKAH.. (hambik ko sebijik.. ayat dia nak selamatkan diri sebab memang dia tak ingat..cess)
Isteri: Isyh2.. dia boleh tak ingat ek.. (sambil geleng2 kepala lagi ;p)
Si isteri terus membuka blog menggunakan hand phone Chokianya dan menunjukkan daisy path ni..
Isteri: Haaa.. ye le.. pandai le nak selamatkan diri ek.. tarikh lahir wife awak ingat tak?
Suami: Ingat le..tu senang je 16hb 5..
Isteri: Nasib baik ingat.. hehehehe~
Perbualan terhenti di situ sebab si suami terus menuju ke kedai buku untuk menyelamatkan diri ;p
Tak apalah, suami isteri tukan diciptakan untuk melengkapkan antara satu sama lain. Kalau si suami tak ingat, si isteri kenalah mengingatkan. Isteri kenalah makan kurma, makan kismis banyak2 untuk kuatkan ingatan. Sila jauhkan diri anda dari termakan semut ya :p
©Hernee Nazir – Sekejap je masa berlalu.. terbayang2 time2 bercinta dengan En. Nazir dulu..hehehe~