Semalam sempat pujuk En. Nazir menyinggah ke Popular, BP Mall nak cari2 novel. Dia ke hulu dan saya ke hilir. Dia cari majalah kegemaran dia agaknya tapi tak nampak pun dia beli apa hehehe. Orang yang sangat ramai, jadi saya terus je menyelit ke bahagian novel. Malas nak jengah tempat lain nanti melarat semua pun nak beli.
Belek2 dan telek2, akhirnya saya capai 3 buah novel. Dua novel karya Aisyah Sofea dan satu lagi novel karya Siti Rosmizah. Belek2 lagi nak beli semua rasa macam.. ahhh nantilah takut budget raya tersasar. Last2 saya ambil Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah je. Dah terpikat dengan cara penulisan dia sejak baca novel Andai Itu Takdirnya.
Jom baca Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu – Siti Rosmizah
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
(Sumber: Beli Buku Online)
©Hernee Nazir – Kalau saya tak online malam2 faham2 je la ya, saya tengah khusyuk layan novel maknanya tu hehehe..