Menu Ramadhan 19 & Ramadhan 20 @ Restoran Shukri Tomyam, Taman Nusantara

Masak-Masak Ramadhan Al-Mubarak Santapan Ramadhan

Salam 1 September ;p (poyo)

Minta maaf blog, sebab 2 hari saya agak kurang memberikan kasih sayang pada blog ni ;p

Entri yang tersangkut atas pokok hehehe. Ramadhan ke 19 berbuka di rumah Mak Anjang. Pukul 7 Anna call ajak berbuka kat sana. Kebetulan memang buka puasa sorang diri, En. Nazir kerja dan ada jemputan berbuka puasa di luar. Jadi lauk saya masak, saya angkut ke rumah Mak Anjang sikit. Lepas berbuka baru En. Nazir ambil klat rumah Mak Anjang.

Ni je lauk yang saya masak, Ayam Berempah. Gambar ni adalah di snap di waktu sahur hehehe

Lauk tambahan di waktu sahur ;p telur mata lembu..
Ramadhan 20 – Iftar @  Restoran Shukri Tomyam, Taman Nusantara
First time makan kat sini masa lepak2 dengan Gee dan Bariah. Hari Jumaat balik kerja malas nak masak terus ajak En. Nazir berbuka luar. Mula2 nak ajak pergi Johan kat Taman Perling, tapi rasa macam jauh pulak tu yang tukar je kat sini.

Sup ekor sorang semangkuk..

Ikan Siakap 2 Rasa..

Kailan Ikan Masin..
Keseluruhan makanan not bad. Sup dia sedap tapi tak boleh lawan sup orang Johor hehehe. Ikan 3 rasa pun memang ada rasa cuma ikan terlalu garing, kalau tak berapa garing sangat lagi sedap. Kailan ikan masin pilihan En. Nazir pun not bad. Air yang saya idamkan belimbing tak ada jadi terpaksalah tukar Epal dan En. Nazir minum fresh orange. Total semuanya RM45 maybe sebab ada sup ekor tu. Sup ekor ke sup tulang ke ada mahal sikit la menurut dorang.
Menu berbuka puasa semalam sangatlah lupa nak snap sebab dah terlalu teruja tengok atas meja hehehe. Semalam berbuka di rumah MIL di Senggarang. Jadi berbuka selain lauk masak di rumah, kami beli ‘Sup Kambing Kahar” yang memang pojaan hatiku. Sedap.. dap..dap.. hehehehe~

©Hernee Nazir – Tak sabar nak jumpa Farid Fathullah 😉

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!