#ummiilhamsminigarden | Pokok Bunga Baru Yeay!

Assalamualaikum..

Dah lama tak update pasal pepokok di Ummi Ilham’s Mini Garden ni kan. 27 April yang lepas, Babah belikan dua pokok baru untuk menambah seri kebun sendu Ummi ni ekeke. Tambahan dua beg tanah. Ummi ni tak pastilah, semangat berkobar-kobar nak menghidupkan semula kebun sendu hahaha. Dia memang gitu kot time beranak kecil ni ada je satu benda yang nak dibuat bersungguh-sungguh. Masa Syamil baby dulu gigih sangat meroti. Sekarang oven pun dah jadi tukun hahaha.

Ok, jom tengok penghuni baru Ummi Ilham’s Mini Garden Ummi.

Inilah dia dua pokok yang Babah beli. Ummi request pokok yang berbunga.

Cantikkan pokok ni. Tapi sayang, kena jaga betul-betul sangat. Sebab batangnya lembut. Sekarang ni Babah dah tolong tanam pasu lain sebab ada tangan yang dah menggodam sampai terkulai pokok ni huwaaaaaaa. Macam tak panjang umur je ko pokok.

Yang ni pun cantik. Suka sangat Ummi tengok bunganya. Nasib Babah pandai pilih hehehe. Pandai ek dia beli jiwa kita. Yang sebenaranya dia singgah nurseri ni sebab kebetulan lalu lepas mencari basikal baru. Cerita pasal Babah dan hobinya berbasikal tu akan datang ya.

Ini pokok lada yang bertahan dari sebelum Ummi bersalin hahaha.. Saja tabur biji lada dalam pasu ni, panjang juga umur ko pokok lada hahaha. Semalam Umami tengok macam dah ada bunga. Ehhhh ke Ummi berangan hahaha.

Oklah, nanti sambung episod baru. Last week Ummi ada menjengah nurseri dan TERbeli beberapa pasu pokok baru hehehe. Dua hari lepas pun rak kayu Ummi dah sampai nanti Ummi share ya. Okbai!

97 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “#ummiilhamsminigarden | Pokok Bunga Baru Yeay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *