Ummi Ilham’s Mini Garden | Tershopping Pokok Baru

Tershopping Pokok Baru | Ummi Ilham’s Mini Garden ada ahli keluarga baru yeay! Ingatkan Ummi dah taubat tak nak tambah koleksi pepokoks kan, mungkin tidak hehe. Mana boleh pencen awal. Sumber ketenangan jiwa tau belai-belai pokok ni. Pokok ni dah macam anak-anak sendiri sampai tahap anak sendiri pun jeles dengan pokok hahaha.

Abang Ilham dan Abang Syamil tukang bebelkan Ummi kalau nampak emak dia ni excited tengok pokok hehe. Sebenarnya ada dua pokok yang Ummi dah lama beli dari Aunty Sally, The Green Fingers Project. Tapi Ummi tak ambil dari dia. Ahad lepas baru ada kesempatan ajak Babah ke Taman Rinting rumah Aunty Sally.

Mula asalnya Ummi beli satu je Rhaphidophora Pertusa ni. Tapi bila sampai sana terpikat tengok stok lagi satu ni. Ehhhh rafidah ni memang menggoda tau. Ada yang panggil mini monstera. MEmang dah lama Ummi kecur je tengok. Puas hati dapat dua pasu.

Rhaphidophora Decursiva ni pun idaman Ummi. Beli saing-saing Rhaphidophora Pertusa. Kekonon nak ambil dua pokok ni je la kan. Ummi jenis suka yang berdaun hijau macam ni. Sama spesis dengan si manis atas tu. Harap-harap nanti semakin merimbun. I loikkeeeee!

Yang ini pula Monstera Peru. Padahal dah ada satu pokok kat rumah. Dah pun Ummi asingkan jadi dua pasu. Bila tengok yang ni cantik menjalar aduhaaaiiii tak tahan godaan. Iman Ummi setipis kulit bawang, lalu Ummi terbeli sepasu hehe. Nanti Ummi nak cari pole nak buat macam ni untuk pokok monstera peru yang sedia ada di rumah.

Bukan itu je, TERbeli juga Monstera Adansonii B. Yang ada kat rumah monstera adansonii je. Ini versi besar sikit. Nanti nak alih pasu dan beli baja wangi. Nampak menarik sangat promosi baja wangi ni. Let’s try!

Lasssttttt one, tergoda juga dengan Cyrtosperma Merkusii. Pokok ni cantik tau kalau dah semakin membesar nanti. Kata Sal, daunnya cantik macam ikan pari. Lepas dah snap-snap gambar pokok baru marilah kita kemas kebun sekangkang Syahid ni hahaha.

Puas hati Ummi dapat belek pokok. Semenjak dua menjak Ummi naik kerja seriously memang ada sedikit terabai pokok-pokok. Yang dalam rumah cuma ada monstera adansonii dan money plant je, itu pun dekat dapur. Sebab dapur banyak natural light. Lain-lain semua dah keluar rumah. Mudah-mudahan pokok-pokok Ummi membesar dengan sihat. Please don’t die! hehehe. Ada budak dah bebel, Abang Ilham dah bebel, rumah dah macam hutan.. ehh belum lagi bang.. nanti Ummi tambah lagi.. biar macam hutan belantara🤭🤭🤭

Ok, kalau ada anak baru nanti Ummi update lagi.

 470 total views,  2 views today

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!