Tambah Koleksi Pokok Di Nursery Blooming Landscaping Design Taman Perling

Ummi Ilham's Mini Garden

Tambah Koleksi Pokok Di Nursery Blooming Landscaping Design Taman Perling | Cerita beberapa minggu lepas. Balik dari Soft Launch Holiday Inn Express & Suites Johor Bahru, Ummi singgah ke sini. Tujuan utama nak beli tanah konon. Ya beli tanah je, tak nak beli pokok pun. Masuk nurseri ni pun salah satu “me time” Ummi tau. Heaven on earth gitu! hehehe.

Tambah Koleksi Pokok Di Nursery Blooming Landscaping Design Taman Perling

Ummi belek-belek sambil pejam mata je dengan harapan tak tergoda ekeke. Tapi malangnya, dugaan sangat hebat. Iman Ummi setipis kulit bawang. Ummi tewas dek pokok yang melambai-lambai ditiup angin hahaha. Ok Ummi berdrama seorang diri. Abaikan!

Selain 5 beg tanah, Ummi TERRRRRRRRRRRRRRRRambil 4 pasu ni. Astaghfirullahaladzim. Tewas juga akhirnya hahaha. Ikut hati nak tambah lagi sekali apa kan daya. Buka handbag tengok wallet tak ada. Allahu Akbar! Berderau darah. Biru kejap muka. Nak bayar pakai apa ni? Kad bank pun tak ada. Adehhh. Nak pulang semula pokok dan tanah i is malu hahaha. Nasiblah boleh transfer online. Jadi Ummi transfer je online.

Tapi yang jadi kemusykilannya, mana wallet Ummi? Call Babah suruh carikan kat rumah atas meja ke, atas console table. Dia kata tak ada. Aduhaiiii mana pulak la tercicir agaknya. Takkan lah tercicir kat Holida Inn. Fikiran Ummi dah menerawang ke setiap sudut Ummi pergi sebelum tu. Kalau tak tertinggal kat rumah memang konfem tercicir kat hotel la ni. Memang tak ada ke tempat lain. Dalam hati ni Allah je yang tahu. Semua kad-kad bank, lesen, IC dalam wallet tu aduhaiii. Ummi teruskan perjalanan balik. On the way tu, Babah whatsapp bagi gambar wallet ada atas meja kat mini surau. Fuhhhhhhh, lega hati Ummi. Kalau tak jenuh la nak call bank bagai.

Sampai rumah Ummi sambung balik belek pokok-pokok baru hahaha. Plants makes Ummi happy gitu! Beli rose jepun sepasu bunga campur-campur sebab pokok lama dah mati. Kekonon nak buat projek pokok gantung-gantung hahaha. Yang pink macam batik tu namanya Pink Polka Dot Plant. Cantik kan? Oleh kerana Ummi letak beliau ni kat balkoni atas yang kadar anginnya kuat jadi Ummi kena kerap siram beliau ni. Kalau tak dia cepat layu.

Pokok-pokok Ummi yang lain alhamdulillah sihat belaka. Ada jga dah menemui ajal hahaha. Ni Ummi belanja satu gambar. Nanti dah siap kemas Ummi Ilham’s Mini Garden, Ummi share lagi ya. Stay tuned plants mama!

Kalau nak cuci mata boleh la terjah nurseri yang Ummi pergi ni ya. Alamatnya di bawah:

Blooming Landscaping Design
Alamat: Lot 51713 PTD 32090, Jalan Rawa, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor
Phone No: 019-763 1665

Instagram: Blooming Landscaping Design

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Tambah Koleksi Pokok Di Nursery Blooming Landscaping Design Taman Perling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!